Lawatan Bermaklumat Persatuan Pra-U

Persatuan PRA-U sekolah akan mengadakan lawatan bermaklumat ke Lembah Kelang pada 10-14 Mac 2007. Lawatan yang akan disertai oleh 89 orang pelajar dan 9 orang guru ini akan melawat UKM, Parlimen, KLCC, Pejabat PM, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), DBP, dan Bank Negara. “Jauh perjalanan, luas pengetahuan”.

Pertandingan pidato “Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun”









Wan Azimah Azini bin
Wan Nawang
Wan Noradilah bt. Wan Dir

Tahniah! Adik Wan Azimah Azini bin Wan Nawang telah berjaya menjadi naib johan pertandingan pidato “Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun” peringkat daerah Kemaman.

Pertandingan pidato yang diadakan di Dewan Seri Geliga Majlis Perbandaran Kemaman pada Isnin 26 Februari 2007 baru-baru ini membolehkannya menggondol hadiah tempat kedua bagi kategori tingkatan 6, berupa wang tunai RM450 dan sijil manakala adik Wan Noradilah bt. Wan Dir menyertai kategori menengah atas.

Majlis penyampaian hadiah akan berlangsung di Dewan Seri Geliga, SMK Geliga pada 8 Mac nanti. TAHNIAH SMKCB!

Program Rakyat Bestari

Antara dif-dif kehormat yang hadir

Program Rakyat Bestari telah berlangsung pada 23 Februari 2007. Program ini dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek, Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kemaman. Turut hadir dalam program yang julung-julung kali diadakan di SMK Ceneh Baru ini ialahY.B. En. Wan Ahmad Nizam Bin Wan Abdul Hamid selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih serta En. Ramli Bin Zainal, Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Antara aktiviti utama program ini adalah penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2006 dan penyampaian bantuan kepada penduduk miskin/OKU/Ibu Tunggal. Pihak askar wataniah juga tidak ketinggalan mengadakan pameran bagi menarik minat golongan muda menyertai angkatan bersenjata tersebut. Turut diadakan juga adalah penyampaian 'vest' kepada "Terengganu Riders Club (TRC)" iaitu sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi di Negeri Terengganu.

Program ini adalah anjuran bersama oleh Unit Komunikasi Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


Sekitar Program Rakyat Bestari Daerah Kemaman 2007











Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah kepada semua guru yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006
  • Harun Bin Ismail
  • Mohd Nordin Bin Mohd Nor
  • Shakimi Bin Deris
  • Nazri Bin Ismail
  • Hanizan Bin Abdul Manan
  • Karteny Binti Ahmad Sofian
  • Mohd Hishamiza Bin Mohd Amin
  • Tajor Nor Amaram Bin Mohd
  • Ibrahim Bin Mat