Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Daerah Kemaman









SMK Ceneh Baru telah menghantar satu pasukan KRS lelaki dan satu pasukan Kadet Bomba perempuan untuk pertandingan kawad kaki sekolah-sekolah daerah Kemaman pada kali ini.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan Kadet Remaja Sekolah lelaki dari SMKCB telah menewaskan pasukan KRS SMK (elit) Mak Lagam untuk mengekalkan kejuaraan bagi kali ke-6 berturut-turut bagi kategori KRS.

Manakala, pasukan Kadet Bomba perempuan SMKCB telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori NGO. Pasukan PKBM (Laut) SM Sultan Ismail telah menjuarai kategori NGO.

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian: Bagi lepasan SPM sahaja... STPM akan diumumkan kemudian

Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 4 kaedah berikut:

(i) UPUinfoLINE - 600-837890
(ii) TeleUPUCelcom - 600-85-2200 (Lepasan SPM/Setaraf)
- 600-85-2201 (Lepasan STPM/Setaraf)
(iii) Internet

- http://www.mohe.gov.my

- http://www.jpt.uum.edu.my

- http://www.jpt.utm.my

(iv) SMS Taip UPU dan hantar kepada 32300


Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16

Ucapan perasmian oleh Y.B. Dato’ Ahmad Bin Said, D.P.M.T., A.S.M., P.J.K.




Ucapan aluan oleh Pengerusi PIBG, En. Bahri Bin Abdullah

Ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMK Ceneh Baru, YM Che Ku Maznah Bt Che Ku Endut


Antara ibu bapa yang hadir ke mesyuarat kali ini

Pasukan kompang SMKCB bergambar kenangan





Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16

Tarikh : 04 Mei 2007 (Jumaat)
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SMKCB

Perasmian Oleh:
Y.B. Dato’ Ahmad Bin Said, D.P.M.T., A.S.M., P.J.K.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri

Semua ibu bapa / penjaga dan guru dijemput hadir ke mesyuarat tersebut

Buku program boleh dimuatturun di http://filexoom.com/files/2007/2/13/58760/buku_program_mesyuarat_agung_pibg_kali_ke_16_2007.zip