Majlis Abawain - Motivasi Keibubapaan





Satu majlis motivasi khas untuk ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas telah diadakan pada 28 Julai 2007 di Dewan Bestari, SMK Ceneh Baru. Majlis ini diadakan bagi mendedahkan teknik-teknik pendidikan motivasi kepada ibu bapa pelajar sekolah ini khasnya ibu bapa pelajar bagi kelas-kelas peperiksaan (PMR/SPM/STPM). Majlis ini merupakan satu program di bawah Projek Kecermelangan Akademik SMK Ceneh Baru.

Antara objektif program ini adalah:
  1. Memberi kefahaman yang lebih kepada ibu bapa tentang pentingnya memotivasikan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.
  2. Memberi tips-tips yang berguna dalam pendidikan anak-anak di rumah
  3. Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia dan menyayangi keluarga,, ibu bapa, guru dan masyarakat.
Dalam majlis ini juga satu ceramah motivasi yang bertajuk "Peranan Ibu Bapa Dalam Kecermelangan Anak-anak" telah disampaikan oleh Ustaz Khalil bin Abdullah.