Seminar Gerakan Kecemerlangan PIBG Daerah Kemaman

Satu seminar motivasi keibubapaan telah diadakan pada 2 September 2007 di Dewan Bestari SMK Ceneh Baru bermula jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang
Seminar ini bertujuan untuk menyedarkan lagi peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menyuntik semangat serta mencetuskan motivasi kepada anak-anak mereka supaya berusaha dengan lebih gigih lagi kearah kecemerlangan.


Seminar anjuran badan Disiplin dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SMKCB ini juga bermatlamat untuk menyemai kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar betapa pentingnya untuk hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Ianya juga bertujuan untuk menyedarkan ibu bapa bahawa ponteng sekolah adalah merupakan satu kesalahan dari segi disiplin sekolah dan boleh diambil tindakan sehingga ke tahap diberhentikan sekolah.


Program yang sepatutnya melibatkan 203 orang pelajar dan 183 orang ibu bapa /penjaga ini agak tergendala kerana bilangan ibu bapa dan pelajar yang hadir tidak seperti yang diharapkan.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKCB, Che Ku Maznah bt Che Ku Endut manakala ceramah motivasi pula telah disampaikan oleh Pengerusi PIBG SMKCB, En. Bahri bin Abdullah

Kursus Pengaplikasian Microsoft Excel 2003 ©



Satu kursus aplikasi Microsoft Excel 2003 telah diadakan di Makmal Intelek 1, SMKCB pada 1 September 2007 bermula jam 08.30 pagi sehingga 01.00 petang. Kursus ini melibatkan 30 orang pelajar dari Tingkatan 6 rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan aplikasi MS Excel supaya dapat digunakan di dalam tugasan harian terutama sekali yang berkaitan dengan mata pelajaran ekonomi. Kursus anjuran Unit ICT SMKCB ini telah dikelolakan oleh Cikgu Suhaimi bin Mohamad dengan dibantu oleh Cikgu Norzehan binti Majid.