Sumbangan Pelajar Yatim

Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik, Kelab Staf SMKCB telah mengadakan pungutan derma untuk disumbangkan kepada pelajar-pelajar yatim di SMK Ceneh Baru sempena bulan Ramadhan.

Majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar berkenaan telah diadakan pada 7 Oktober 2007 di Dewan Bestari SMKCB. Seramai 95 orang pelajar yatim telah menerima sumbangan yang berupa barang-barang keperluan harian seperti susu, biskut, teh, milo dan sebagainya. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengetua SMKCB.

Pihak Kelab Staf mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang yang telah menghulurkan derma bagi meringankan beban pelajar yatim