Kem Jati Diri Pengawas Sekolah 2008








Badan Pengawas SMKCB telah mengadakan satu Kem Jati Diri khas untuk pengawas sekolah di Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan pada 7-9 Ogos 2008 yang lalu. Seramai 55 orang pengawas sekolah telah menyertai kem ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dari Eco-Tech Explorer Centre sambil dipantau oleh guru-guru SMKCB.

Berbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem ini diadakan, antaranya ialah, Night Walk, Flying Fox, Kembara Berhalangan, Berakit, Latihan Kawad, Latihan Asas Tempur, LDK dan ceramah-ceramah motivasi dalam mengcungkil potensi diri para pelajar sebagai seorang pengawas sekolah yang berdisiplin.

Walaupun para peserta kelihatan kepenatan tetapi terpancar dari wajah mereka keriangan dan kepuasan dalam mengharungi rintangan dan latihan sepanjang 3 hari kem ini dijalankan. Ada juga pelajar yang beria-ria untuk mengikuti kem seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Pihak Badan Pengawas SMKCB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa bersama-sama di kem ini walaupun dengan membawa bersama anak-anak yang masih kecil demi menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tidak lupa juga, Badan Pengawas mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih dari Eco-Tech Explorer kerana memberi pengalaman berharga kepada anak didik SMKCB, serta GPK HEM Pn. Latifah Bt Abdul Razak kerana sudi meluangkan masa merasmikan penutup Kem Jati Diri Pengawas Sekolah pada kali ini.