Web Unit Kokurikulum

smkcbpkko.blogspot.com
Ini adalah web khusus unit kokurikulum. Maklumat lanjut paparan kokurikulum boleh diperolehi dari laman web berkenaan. Walaubagaimanapun, web ini masih di peringkat permulaan.

Kejohanan Olahraga MSSM Kemaman 2009







Keputusan Penuh Pasukan SMKCB

Pingat Perak:
1. Suhaila Amanda bt Shafie .................5km jalan kaki P18
2. Syafik Ikhwan b Azami .....................5km jalan kaki L15
3. Nor Adila bt Mohd Amin...................200m berpagar P15
4. Nor Anasuhah bt Che Noh.................400m berpagar P18

Pingat Gangsa
1. Suhaida bt Shakri............................... 200m P18
2. Nor Adila bt Mohd Amin................... 400m P15
3. Zamrah bt Salleh................................ 100m berpagar P15
4. Siti Suriana bt Zanzalani................... 100m berpagar P18

Keempat
1. Kuartet p15 ........................................ 4 x 100m P15
2. Nor Nashalida bt Mahadi.................. 3km jalan kaki P15

Pencapaian keseluruhan kontigen olahraga SMKCB dalam kejohanan pada kali ini adalah sederhana. Kita akan bangkit semula untuk memberi cabaran lebih bermakna pada tahun hadapan dan pasti akan menjulang kembali nama SMKCB dalam olahraga.

Kejohanan PingPong MSSM Kemaman 2009







Tarikh Kejohanan : 4 - 5 Februari 2009
Tempat : SMK Binjai.

SMKCB telah menghantar 4 wakil pada kejohanan ini. Keputusannya:
Noor Izzat Fahmi bin Abdullah : Naib Johan
Mohamad Lokman bin Abdullah : Ke 5

Kedua-dua wakil SMKCB ini telah dipilih untuk mewakili MSSM Kemaman ke Kejohanan PingPong MSSM Terengganu 2009 di Kuala Terengganu pada 12 - 14 Februari 2009.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM KEMAMAN 2009

Kejohanan ini akan dilaksanakan pada 14 hingga 17 Februari 2009 bertempat di SMKSI dan SMKSI II. SMK Ceneh Baru turut menghantar kontingen olahraga seramai 47 peserta termasuk 4 daripada Pendidikan Khas. Latihan pusat secara bersepadu telah dijalankan selama seminggu dengan kehadiran atlit yang sangat baik.

SEMOGA SMKCB AKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM KEJOHANAN INI HASIL KOMITMEN GURU DAN KESUNGGUHAN ATLIT.

SELAMAT BERJUANG.

*gambar sepanjang latihan pusat dan laporan penuh kejohanan akan menyusul.

Sukan Tara 2009 - Senyum Guru





Hanya untuk hiburan setelah berpenat 2 hari di padang. Terima kasih kepada semua guru.




Kejohanan Olahraga Mini, SMKCB 2009

Tarikh : 2 Februari 2009 (Semua pelajar perempuan)
3 Februari 2009 (Semua pelajar lelaki)
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Acara : Larian 200, Lompat Jauh, Lontar Peluru
Kategori Pertandingan : L/P 18, L/P 15, L/P 15

Kejohanan ini dijalankan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan olahraga dan seterusnya diserapkan ke pasukan olahraga sekolah bagi membawa cabaran SMKCB di Kejohanan Olahraga MSSM Kemaman 2009 nanti.
Kedatangan pelajar diwajibkan dan akan ditanda dalam buku Penilaian Kokurikulum pelajar.

Laporan dan berita bergambar akan menyusul selepas kejohanan ini.
Selamat berjuang