Penyelenggaraan Peralatan ICT 2009

Makluman kepada semua guru dan staf SMKCB:

Pada tahun 2009 ini, semua kerosakan peralatan ICT akan diselenggara melalui PKG Ceneh Baru. Sehubungan dengan itu, sebarang kerosakan perlatan boleh dimaklumkan kepada Penyelaras Unit ICT, Cikgu Suhaimi Bin Mohamad untuk tindakan lanjut. Sila sertakan sekali salinan Kad Harta Modal (KEW312) peralatan tersebut.

Karnival Pendidikan Agama Islam Zon 3



Untuk melihat gambar lain dan laporan pertandingan, sila ke sini

Kejohanan Bola Sepak Zon 1 MSSM Kemaman


Kejohanan Bola Sepak Zon 1 MSSM Kemaman
Lagi gambar menarik dan laporan kejohanan di sini

Keputusan STPM 2008

Calon-calon boleh menyemak keputusan STPM 2008
Mulai jam 12.00 tengah hari,
10 Mac 2009
Melalui SMS dengan menaip STPM
No. K/P dan hantar ke 39003 atau secara on-line: www.mpm.edu.my

PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPAS SPM (KPLSPM) AMBILAN JULAI 2009





lawati http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/


MAKLUMAT PERMOHONAN

Lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menceburi profesion keguruan sebagai guru sekolah di Malaysia adalah dipelawa untuk mengikuti salah satu program yang tersebut di bawah:

1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC).
2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.0
SYARAT DAN KELAYAKAN UMUM

Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan umum seperti berikut:

1.1 Warganegara Malaysia.

1.2 Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Julai 2009 iaitu lahir pada atau selepas 1 Julai 1989.

1.3 Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:


a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik atau Matematik Tambahan
d. Sejarah
e. Fizik atau Kimia atau Biologi atau
Pengajian Kejuruteraan Awam atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau
Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau
Sains atau Sains Tambahan, dan
f. Satu mata pelajaran lain

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/