Kejohanan Bola Tampar MSSM Kemaman 2009





Kejohanan bola tampar MSSM Kemaman 2009 telah diadakan pada 7-9 April 2009 di SM Teknik Kemaman. Kejohanan tersebut menyaksikan pasukan bola tampar P18 SMKCB telah menjadi Johan manakala pasukan L18 SMKCB mendapat tempat ketiga.

Seramai 4 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki telah terpilih untuk mewakili pasukan bola tampar Kemaman ke Kejohanan Bola Tampar MSSM Terengganu 2009.

Pelajar yang terpilih adalah:
  1. Zuraidah Bt Mohamad
  2. Nik Rosheila Bt Nik Par
  3. Lailey Nadia Bt A. Manan
  4. Siti Musliha Bt Ismail
  5. Saiful Naim B. Said
  6. Mohd Shamsi B Zakaria
Pelajar-pelajar ini dikehendaki hadir ke latihan pusat di SM Teknik Kemaman dari 17 April hingga 21 April 2009.

KejohananBola Tampar MSSM Terengganu akan diadakan di Daerah Kuala Terengganu Selatan pada 23-25 April 2009.

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2009-1

Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.skmm.gov.my

Tarikh Peperiksaan: 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 2.00ptg

Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2009
Masa: 5.00 ptg

Tempat: Wilayah Timur (Kolej Telekom dan Multimedia - Rusila)

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web www.skmm.gov.my. Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui pos selewat-lewatnya pada 12 Jun 2009.

*Kelas persediaan RAE2009-1 akan diadakan selepas cuti persekolahan bulan Jun jika ada sambutan.