Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru peringkat SMKCB akan diadakan pada 17 Mei 2009.
Tema Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa
Lagu tema hari guru pada tahun ini:

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Lagu tema bersama muzik boleh dimuat turun dari http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html


Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2009

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Bagi Tahun 2009 boleh dibuat mulai 6hb Mei 2009. Semakan ini boleh dibuat melalui :

1. Semakan di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://apps.emoe.gov.my/form6/semakanform6/)
2. Semakan SMS

o Taipkan MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>[no KP] atau MOE<jarak>T6<jarak>AG<jarak>[no Giliran] hantar ke 15888