Hari Keluarga Kelab Staff SMKCB 2010






Hari Keluarga Kelab Staff SMKCB pada tahun ini telah diadakan di Endau Beach Resort, Pantai Penyabong, Endau, Johor Darul Takzim. Para peserta telah berkonvoi dari SMKCB hingga ke Pantai Penyabong melalui bandar Pekan dan Rompin. Sebanyak 15 buah keluarga telah hadir memeriahkan hari keluarga kali ini.

Berbagai aktiviti telah dijalankan sempena hari keluarga kali ini termasuklah acara kanak-kanak (pertandingan meniup belon, berebut gula-gula di dalam kolam dan pertandingan mewarna), serta acara keluarga (sukaneka) di mana ahli dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada 3 buah keluarga bagi setiap kumpulan.

Semasa perjalanan pulang, para peserta telah singgah sebentar di Pekan Bandar DiRaja untuk melawat Galeri Pengangkutan Air serta Muzium Sultan Abu Bakar, namun nasib kami agak malang kerana muzium tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKCB






Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 28 Februari 2010 yang lalu. Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini ialah "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah". Bersempena dengan majlis ini berbagai acara telah diadakan, antaranya perarakan para pelajar di padang sekolah sambil berselawat, bacaan Yaasin, persembahan nasyid serta ceramah Maulidur Rasul. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Anuar bin Hassan dari Pejabat Agama Daerah Besut.

Bersempena dengan majlis ini juga, sebanyak 3 ekor lembu telah didermakan oleh berbagai pihak termasuk guru2 dan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd serta orang ramai untuk dijamu kepada semua pelajar dan jemputan pada hari tersebut. Gotong royong bagi menyiapkan hidangan telah bermula sejak malam lagi. Puan pengetua dan keluarga beliau juga tidak ketinggalan bersama memeriahkan gotong royong tersebut.