Kejohanan Badminton Tertutup SMKCB



Satu kejohanan badminton tertutup SMKCB telah diadakan pada 18 Mei 2010 yang lalu dan akan disambung semula pada 25 Mei ini. Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini terbuka kepada semua warga SMKCB. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Badminton SMKCB.

Hari pertama kejohanan menyaksikan pertembungan sengit antara regu guru-guru lelaki yang akhirnya memihak kepada regu Cikgu Ahmad Nizam dan Ustaz Kamaruddin (Rumah Temenggung) dengan menewaskan regu Cikgu Bakhtiar dan Cikgu Haznan (Rumah Temenggung). Manakala bagi kategori guru perempuan dijuarai oleh regu Cikgu Sahani dan Cikgu Anisah (Rumah Laksamana), dan naib johan berjaya disandang oleh Cikgu Nur Athiratul Laily dan Cikgu Rossuria (Rumah Temenggung).

Kategori pelajar lelaki dan perempuan akan disambung semula pada 25 Mei ini bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Lagu Tema Hari Guru 2010

Muat turun Lagu Tema Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.