Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H


















Majlis sambutan MulidurRasul telah diadakan pada 24 Februari 2011. Bersempena dengan majlis ini berbagai pertandingan telah diadakan bagi memupuk semangat cintakan Islam dikalangan para pelajar. Antara pertandingan yang telah diadakan adalah nasyid, syarahan, azan dan iqamah, hafazan dan tilawah.

Warga C-BEST juga telah berarak sekitar Bandar Cheneh Baru dengan diketuai oleh Puan Hajjah Che Ku Maznah Binti Che Ku Endut, Pengetua C-BEST sebelum semua warga C-BEST berkumpul di Dewan Bestari untuk mengikuti satu ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Tuan Haji Zameran (Pengurus Bank Islam Cawangan Kemaman).

Satu jamuan makan tengah hari juga telah disediakan kepada semua warga C-BEST serta para jemputan. 2 ekor lembu telah disumbangkan untuk menjayakan program kali ini.

SMK Cheneh Baru antara yang terbaik di Terengganu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar STPM SMK Cheneh Baru (C-BEST) kerana kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan STPM 2010 yang diumumkan semalam. SMK Cheneh Baru juga telah diumumkan sebagai antara yang terbaik di Negeri Terengganu Darul Iman. Ini membuktikan komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh para pelajar serta warga pendidik di SMK Cheneh Baru.

Adalah diharapkan kejayaan yang cemerlang ini mampu menaikkan semangat warga C-BEST untuk terus melakar kejayaan di masa depan.

Keratan akhbar