Lagu Tema Hari Guru 2008

Tarikh 16 Mei merupakan hari bersejarah bagi semua guru di Malaysia kerana 16 Mei telah pun diisytiharkan sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru 2008 adalah "Guru Cemerlang Negara Terbilang".

Lagu Tema Hari Guru 2008:

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG


Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran


Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP

Lagu tema ini boleh dimuatturun di sini (klik kanan dan pilih 'save as ..'):
Muzik & Vokal
Muzik sahaja

Majlis Penyerahan Mentee Kepada Mentor Pelajar Elit PMR, SPM Dan STPM 2008

Majlis tersebut telah diadakan pada 29 April 2008 jam 2.30 petang di Dewan Bestari SMKCB. Sempena dengan majlis ini satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, En. Zakaria bin Hussin, PJK.

Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2008

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di IMTIAZ Kuala Terengganu pada 1 Mac yang lalu. Dalam pertandingan ini SMK Ceneh Baru telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket. Mereka terdiri daripada Matan Muhamad Isyraf B. Matan Ibrahim dan Mohamad Aimran B. Abd. Latif bagi kategori paracut, serta Noor Izzat Fahmi B. Abdullah dan Tuan Mohammad Fareez B. Tuan Ibrahim bagi kategori targetting dengan dibimbing oleh Cikgu Suhaimi Bin Mohamad dan Cikgu Hasan Bin Mohamad. Dalam pertandingan kali ini, pasukan SMKCB telah menjuarai kategori Targetting dengan menewaskan lebih 40 buah pasukan dari sekolah-sekolah negeri Terengganu. Pencapaian ini amat membanggakan kerana inilah kali pertama SMKCB menyertai pertandingan seumpamanya.

Tahniah kepada semua peserta dari SMKCB.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keputusan Rasmi Larian Merentas Desa SMKCB 2008

L14

P14

L15

P15

L18

P18

JUMLAH
MATA

BENDAHARA

114

112

90

40

169

131

656

HULUBALANG

84

105

68

116

83

113

569

LAKSAMANA

75

86

38

23

46

35

303

TEMENGGUNG

96

52

37

28

78

31

322

Sambutan Maal Hijrah 1429

Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah telah diadakan pada 28 Januari 2008 bertempat di Dewan Bestari SMK Ceneh Baru bermula jam 8.00 pagi.

Sambutan dimulakan dengan bacaan Yasin oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dengan diketuai oleh Ustaz Zaid bin Daud. Bersempena sambutan ini juga, seorang penceramah bebas, Ustaz Yusof bin Abdul Razak telah menyampaikan ceramah motivasi ke arah menghijrah minda para pelajar menjadi insan yang lebih bertaqwa.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKCB 2008

Kejohanan merentas desa akan diadakan pada 24 Januari 2008 jam 8.00 pagi. Semua peserta diingatkan supaya memakai pakaian sukan yang sesuai. Acara akan dilepaskan oleh Puan Pengetua SMKCB, Pn. Hajjah Che Ku Maznah B. Che Ku Endut. Para pelajar yang berjaya berpeluang menyertai Kejohanan Larian Jubli Emas MSSM Kemaman yang akan diadakan pada 2 Februari 2008 di SMK Seri Bandi.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2008

(Satu tarikh untuk semua negeri)

Bulan

Tarikh

Hari

Catatan

Januari

24.01.2008

Khamis


Februari

25.02.2008

Isnin

Tahun Baru Cina 07 & 08.02.2008

Mac

25.03.2008

Selasa


April

24.04.2008

Khamis


Mei

22.05.2008

Khamis

25.05.2008 hari Ahad

Jun

25.06.2008

Rabu


Julai

24.07.2008

Khamis


Ogos

25.08.2008

Isnin


September

25.09.2008

Khamis

Hari Raya Puasa 01 & 02.10.2008

Oktober

20.10.2008

Isnin

Deepavali 27.10.2008

November

25.11.2008

Selasa

Hari Raya Haji 08.11.2008

Disember

18.12.2008

Khamis

Hari Krismas 25.12.2008