Profil


Kod Sekolah : TEA2021
No Tel : 09-8730223
No Fax : 09-8732564
Gred Sekolah : A (mulai 1997)
Lokasi : Luar Bandar Keluasan : 8.446 hektar (20.8705 ekar)
Jarak ke Kuala Terengganu : 160 km
Jarak Ke Cukai Kemaman : 50 km / 32 km

Latar belakang sekolah

  • Tarikh dibuka : 2 Januari 1983 dengan menerima 60 orang pelajar dan 8 orang guru.
  • Pengetua pertama ialah En. Karim @ Kassim bin Hassan
  • Lokasi : Bandar Ceneh Baru terletak di hujung selatan negeri Terengganu dalam daerah Kemaman dan Wilayah KETENGAH Terengganu.
  • Pusat pentadbiran daerah di Cukai, tetapi penduduk di sini lebih rapat ke Kuantan (50 km) dari segi ekonomi, kemudahan pengangkutan dan keperluan harian.
  • Latar belakang murid : Kebanyakan murid terdiri daripada anak peneroka Felda Neram 1, Felda Neram 2 dan Felda Cerul, anak pekerja ladang kelapa sawit Ladang Rakyat Terengganu, Ladang Ketengah Perwira , anak pekerja kilang sawit dan anak penduduk kampung.
  • Mereka berasal dari sekolah rendah dan menengah di sekitar kampung dan rancangan ini iaitu :
    • SK Ceneh Baru
    • SK Ceneh Baru 2
    • SK Felda Cerul
    • SMK Air Putih
    • SMK FELDA Neram
  • Visi Sekolah : SMKCeneh Baru cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta berketrampilan dalam bidang kokurikulum
  • Misi Sekolah : Bahawa sesungguhnya Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan semua program dan aktiviti pendidikan yang dipertanggungjawabkan bagi melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.
  • Objektif Sekolah :
    • Murid merasa kecintaan dalam menimba ilmu dan bersedia menghadapi cabaran
    • Membimbing murid supaya lebih kreatif, inovatif dan imaginatif
    • Membina dan memupuk nilai-nilai murni dan semangat patriotik