PMR 2010

Tahniah kepada pelajar-pelajar SMKCB (C-BEST) di atas kejayaan yang cemerlang dalam PMR 2010. Juga terima kasih kepada semua warga pendidik C-BEST.

8A-8 orang
7A-9 orang
6A-6 orang
5A-5 orang

Tahniah dan Selamat Bertugas

Tahniah kepada semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran. Jasa anda di SMKCB tetap dikenang.

  • Rosita Bt Muda (SMK Geliga, Kemaman)
  • Tajor Nor Amaram Bin Mohd (SMK Matang, Kuala Berang)
  • Zainun bt Tengah (SMK Sultan Omar, Dungun)
  • Rohani Bt Yusoff (SMK Seri Berang, Kuala Berang)
  • Mohd Azmi Bin Johar (SMK Matang, Kuala Berang)
  • Marina Bt Jaafar (SMK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu)
  • Zuraida Bt Muda (SMK Sultan Ismail, Kemaman)
  • Jumilawati Bt Mohd Afpandy (Pahang)

Penyata Gaji Online

Mulai Oktober 2010, Jabatan Akauntan Negara Malaysia memperkenalkan e-Penyata Gaji bagi menggantikan Penyata Gaji semasa. e-Penyata Gaji ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Akauntan Negara (http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php)

Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan sistem ini, klik Pertama Kali Mendaftar. Penuhkan maklumat yang diperlukan. Bila dah lengkap, Klik OK.

Pelaksanaan eDisiplin di SMKCB

Bermula hari ini, sebarang aduan dan laporan berkaitan disiplin pelajar hendaklah dibuat melalui portal eDisiplin di http://www.e-disiplin.org

Tatacara aduan dan laporan boleh disemak di Bilik Disiplin SMKCB.

Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh


Permohonan adalah dibuka sekarang sehingga 15 Oktober 2010. Sila layari http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/2010/ untuk maklumat lanjut.

MEMO: EGTUKAR

SALINAN BORANG EGTUKAR HENDAKLAH DIHANTAR KE PEJABAT SEKOLAH UNTUK DISEMAK DAN DISAHKAN PADA ATAU SEBELUM 22/09/2010

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR DAN SEMINAR MATA PELAJARAN KRK DAN ELIT 2010
















Salam....

Program ini telah berlangsung di CRR pada 5 hingga 7 Ogos 2010. Program ini telah di hadiri oleh semua pelajar kelas 3A dan Elit sahaja seramai 40 orang pelajar. Program ini lebih kepada Memberi kemahiran kepada pelajar-pelajar mengenai masa pembelajaran yang hampir dengan pepepriksaan dan seminar mata pelajaran. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Kurikulum dan PIBG SMK Ceneh Baru.

Ini petikan daripada pelajar "pada pandangan saya, kem ini amat wajar dialksanakan kerana ia lebih menekankan mata pelajaran yang amat sukar bagi pelajar KRK untuk skor A. Guru-guru yang terlibat juga merupakan guru yang berpengalaman dan spoting. Saya amat suka pada malam pertama slot motivasi kerana dapat melepaskan tekanan dan masalah saya melalui nyanyai lagu semangat secara beramai-ramai". Inilah sedikit pandangan salah seorang pelajar yang sesi penilai program.

Oleh itu, pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama Pn. Pengetua HJH Che Ku Maznah Bt. Che Ku Endut kerana sudi merasmikan program ini dan memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar ini, dan tidak lupa juga kepada urusetia yang sanggup menemani pelajar-pelajar kita dan tidur di CRR serta pihak pengurusan CRR. Sekian terima kasih.

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PMR 2010




Program Motivasi Pelajar PMR 2010 ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan PMR tidak lama lagi. Penceramah yang dijemput khas iaitu YM. Raja Ismail B. Raja Shahdan. Beliau merupakan penceramah bebas yang telah banyak berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar, kakitangan kerajaan dan penduduk kampung. Pada program ini juga, ada pelajar-pelajar kita yang sedih dan sedar akan tanggungjawab mereka dalam mencapai keputusan cemerlang. Jadi melalui program ini diharapkan pelajar-pelajar sedar dan akan terus berusaha untuk mencapai kecemelangan dalam dalam peperiksaan PMR pada tahun ini.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Pihak Jabatan Pelajaran Terengganu telah menyediakan satu laman sesawang khas untuk merekod dan menyimpan maklumat berkaitan keputusan peperiksaan yang dikenali sebagai "ePantau Online". Pada peringkat permulaan ini, hanya rekod bagi Tingkatan 5 sahaja digunakan.

Sehubungan dengan itu, para pelajar Tingkatan 5 boleh menyemak keputusan peperiksaan masing-masing melalui laman:

Sistem Peperiksaan Online JPNT


Bagi guru-guru ePantau boleh melayari laman di bawah:

Taklimat Pendaftaran PTK Sesi Oktober 2010

Semua guru diwajibkan hadir walaupun tidak mahu mendaftar.

Tarikh: 26/07/2010
Masa: 2:15pm
Tempat: Bilik Mesyuarat SMKCB

Semakan Keputusan PTK Jun 2010

Semua calon PTK Jun 2010 boleh menyemak keputusan masing-masing melalui laman web MPM seberti di bawah:

http://www.mpm.edu.my/ptk/

Hari Koperasi Sekolah




Majlis sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010 telah dirasmikan oleh YM Hajah Che Ku Maznah Bt Che Ku Endut pada 30 Jun 2010 bertempat di Dewan Bestari SMKCB. Majlis ringkas ini dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian oleh kumpulan Adi D'Tari yang dipimpin oleh Cikgu Mohd Ropee Bin Ismail serta acara penanaman pokok dengan tema Pokok Herba.

Selain daripada itu berbagai aktiviti telah dan akan diadakan sepanjang hari koperasi sekolah ini seperti gotong-royong, pertandingan kuiz serta cabutan bertuah.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Pertandingan Badminton & Ping Pong Persahabatan

Satu pertandingan badminton dan ping pong persahabatan telah diadakan pada 01 Jun 2010 bertempat di Dewan Bestari SMKCB. Pertandingan ini adalah diantara pasukan SMKCB bertemu dengan pasukan dari Ladang Perwira.


Keputusan:
Badminton: SMKCB ( 6 ) - Ladang Perwira ( 0 )
Ping Pong : SMKCB ( 4 ) - Ladang Perwira ( 2 )

Kejohanan Badminton Tertutup SMKCB



Satu kejohanan badminton tertutup SMKCB telah diadakan pada 18 Mei 2010 yang lalu dan akan disambung semula pada 25 Mei ini. Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini terbuka kepada semua warga SMKCB. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Badminton SMKCB.

Hari pertama kejohanan menyaksikan pertembungan sengit antara regu guru-guru lelaki yang akhirnya memihak kepada regu Cikgu Ahmad Nizam dan Ustaz Kamaruddin (Rumah Temenggung) dengan menewaskan regu Cikgu Bakhtiar dan Cikgu Haznan (Rumah Temenggung). Manakala bagi kategori guru perempuan dijuarai oleh regu Cikgu Sahani dan Cikgu Anisah (Rumah Laksamana), dan naib johan berjaya disandang oleh Cikgu Nur Athiratul Laily dan Cikgu Rossuria (Rumah Temenggung).

Kategori pelajar lelaki dan perempuan akan disambung semula pada 25 Mei ini bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Lagu Tema Hari Guru 2010

Muat turun Lagu Tema Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Hari Keluarga Kelab Staff SMKCB 2010






Hari Keluarga Kelab Staff SMKCB pada tahun ini telah diadakan di Endau Beach Resort, Pantai Penyabong, Endau, Johor Darul Takzim. Para peserta telah berkonvoi dari SMKCB hingga ke Pantai Penyabong melalui bandar Pekan dan Rompin. Sebanyak 15 buah keluarga telah hadir memeriahkan hari keluarga kali ini.

Berbagai aktiviti telah dijalankan sempena hari keluarga kali ini termasuklah acara kanak-kanak (pertandingan meniup belon, berebut gula-gula di dalam kolam dan pertandingan mewarna), serta acara keluarga (sukaneka) di mana ahli dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada 3 buah keluarga bagi setiap kumpulan.

Semasa perjalanan pulang, para peserta telah singgah sebentar di Pekan Bandar DiRaja untuk melawat Galeri Pengangkutan Air serta Muzium Sultan Abu Bakar, namun nasib kami agak malang kerana muzium tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKCB






Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 28 Februari 2010 yang lalu. Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini ialah "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah". Bersempena dengan majlis ini berbagai acara telah diadakan, antaranya perarakan para pelajar di padang sekolah sambil berselawat, bacaan Yaasin, persembahan nasyid serta ceramah Maulidur Rasul. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Anuar bin Hassan dari Pejabat Agama Daerah Besut.

Bersempena dengan majlis ini juga, sebanyak 3 ekor lembu telah didermakan oleh berbagai pihak termasuk guru2 dan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd serta orang ramai untuk dijamu kepada semua pelajar dan jemputan pada hari tersebut. Gotong royong bagi menyiapkan hidangan telah bermula sejak malam lagi. Puan pengetua dan keluarga beliau juga tidak ketinggalan bersama memeriahkan gotong royong tersebut.

Survey Hari Keluarga Kelab Staf

Tarikh: 4-5 MAC 2010
Lokasi: Endau Beach Resort
Sewa bilik: Gardenview (GV) RM150 – 1Queen, 1 Single
Seaview (SV) RM200 – 1 Queen, 2 Single
Hillview (HV) RM150 – 1 Queen, 1 Single
Dorm RM170 – 6 persons
BBQ (Anggaran): RM35 sekeluarga
Makan: Sendiri

Maklumat lanjut: Cikgu Che Hasnan

http://www.endaubeachresort.com

Bengkel Pemurnian Data SMM

Bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 07 Februari 2010
Hari: Ahad
Masa: 2.30-5.00ptg
Tempat: Makmal InTelek 1 SMKCB

Guru yang terlibat:

  • Pen. Kanan HEM
  • Guru kelas
  • Penyelaras Tingkatan
  • Penyelaras Unit Beruniform/Kelab Persatuan/Sukan
  • Guru Pengawas/Pengawas Pusat Sumber
  • Ketua Warden
  • Pembantu Pengurusan Murid (PKBP)
  • S/U Biasiswa
  • Penyelaras Kebajikan Murid

Kehadiran adalah diwajibkan.

Keputusan Rasmi Sukantara SMKCB 2010