Keputusan PMR 2009

Tahniah kepada semua pelajar SMK Cheneh Baru yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.

Pelajar Cemerlang PMR 2009 (8A)

MOHAMAD FIRDAUS B AHMAD RUSHDI @ FAUZI
RAMLI B ZAMRI
KHAIRUN NISA' BT MATAN IBRAHIM
NOR FATIN ASYIKIN BT MOHD NOR
NORFATIN BT ALIAS
NUR SYAKIRAH BT SHADAN

Kelas Persediaan Peperiksaan Radio Amatur - 5

Kelas akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

  • Tarikh: 15/11/2009
  • Masa: 8.45 malam
  • Tempat : Makmal InTelek SMKCB

Sesiapa yang berminat dijemput hadir

Pertukaran Guru 01Disember 2009

Tahniah kepada semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran

  • Siti Nor Binti Salleh
  • Normah Binti Sami'aun
  • Ismail Bin Ubaidillah
  • Anisah Binti Jusoh
  • Nik Mazita Binti Nik Yahya
  • Noor Manizam Binti Ismail
  • Mohd Kifli Bin Yassin
  • Ramlah Binti Ahmad

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010


Peringatan:

Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010


Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar yang berminat serta berkelayakan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi tahun 2010.


Pelajar boleh melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/ untuk maklumat lanjut.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 Januari 2010.

Selamat Hari Raya dan Tahniah

Selamat Hari Raya kepada semua warga SMK Ceneh Baru.

Tahniah kepada Cikgu Hasan kerana memperolehi seorang lagi putera pada 25 September yang lalu.

Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi



  1. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

    Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

    Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

    Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

  2. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?

    Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

    Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

  3. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

    Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

  4. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?

    Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

Cuti Kecemasan

Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman mengarahkan supaya SMK Ceneh Baru ditutup mulai 18/08/2009 hingga 24/08/2009. Arahan ini dikeluarkan untuk mengurangkan risiko penularan virus selsema babi H1N1. Beberapa orang pelajar dari SMK Ceneh Baru telah disyaki diserang oleh virus H1N1 ini.

Sehubungan dengan itu,sesi persekolahan akan disambung semula pada 30/08/2009 iaitu selepas cuti pertengahan penggal kedua nanti.

Para pelajar diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri serta elakkan dari mengunjungi tempat yang sesak dengan orang ramai.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)





Bagi melengkapkan program Latihan Dalam Perkhidmatan, Unit ICT menganjurkan satu Kursus Membina Blog kepada guru-guru dan staf SMK Ceneh Baru. Kursus selama 2 hari ini dijalankan bagi memberi pendedahan mengenai blog serta langkah-langkah membina blog sehinggalah kepada pengubahan susunan dan rekaan sesebuah blog.

Program terbuka ini disertai oleh 16 orang guru yang sungguh berminat dan berusaha untuk membangunkan blog masing-masing. Para guru boleh menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar-pelajar secara terus dalam talian.

Melihat kepada komitmen yang diberikan oleh para peserta, Unit ICT bercadang untuk mengadakan Kursus Membina Blog Siri 3 pada bulan September nanti.

Status Terkini H1N1 di sekolah

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa mengemaskini maklumat mengenai H1N1 di sekolah. Anda bolehlah melayari portal rasmi kementerian untuk mendapatkan status terkini wabak H1N1 di sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bulan Julai Bulan Membaca

Tema: Memartabatkan Seni dan Kebudayaan Melayu

Tentatif Program

Bil.PertandinganTarikh/Tempat/MasaKategori
1.Pertandingan Mencipta CerpenTarikh Tutup:
28/07/2009
Ting.4-6
2.Pertandingan Mencipta SajakTarikh Tutup:
28/07/2009
Terbuka
3.Pertandingan Bercerita14/07/2009
Dewan Bestari
3-4ptg
Ting.1-2
4.Pertandingan Mendeklamasi SajakTarikh Tutup:
28/07/2009
Terbuka
5.Fiesta Seni Budaya21/07/2009
Dewan bestari
3-4ptg
Terbuka
6.Pertandingan Membuat Ulasan BukuTarikh Tutup:
28/07/2009
Terbuka
7.Pertandingan Sudut NILAM (antara kelas)Tarikh Tutup:
28/07/2009
semua kelas
8.Pertandingan Syarahan/Pidato
Tajuk: SEJAUH MANAKAH SENI DAN KEBUDAYAAN DAPAT DIMARTABATKAN MENJELANG ZAMAN KEMODENAN?
27/07/2009
Dewan Bestari
3-4ptg
Terbuka


Majlis perasmian penutup akan diadakan pada 09 Ogos 2009

Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya 2009

Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya dilihat sebagai satu platform atau landasan yang tepat dengan keperluan pelajar sebelum menceburi bidang kerjaya dan pendidikan tinggi selepas SPM dan STPM. Sehubungan dengan itu, seminar dan pameran tersebut telah diadakan di SMK Ceneh Baru pada 30 Jun 2009 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara jabatan dan institusi pengajian tinggi yang turut serta dalam menjayakan program ini adalah:
  • Kolej Komuniti (Paya Besar, Kuantan)
  • Kolej Komuniti (Kuantan)
  • Kolej Komuniti (Kuala Terengganu)
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Dungun)
  • Jabatan kastam Diraja Malaysia (Kemaman)
  • Kolej Teknologi Bestari (Setiu)
  • Institu Kemahiran Belia Negara (Marang)
  • Kolej IKIP (Kuantan)
  • UiTM (Dungun)
  • Kolej Ketengah (Dungun)
  • Kolej Inforana (Kuala Terengganu)
  • Universiti Malaysia Terengganu (Kuala Terengganu)
  • Kolej PTPL (Kuala Terengganu)
  • Kolej Teknologi Timur (Sepang)
  • Institut Kemahiran Showme (Kuala Terengganu)
  • Kolej Islam Sains dan Teknologi (Hulu terengganu)
  • Cosmopoint (Kuala Terengganu)
  • Kolej Universiti TATi (Kemaman)
  • Bomba dan Penyelamat (Kemaman & Kuala Terengganu)
  • Polis Diraja Malaysia (Kemaman)
  • Institut Teknologi Perwaja (Kemaman)
  • Institut Latihan Perindustrian (Kuala Terengganu)
  • Kolej Shahputra (Kuantan)

Adalah diharapkan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta PIBG SMK Ceneh Baru ini dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka.

Majlis Penyerahan e-Book DUN Ayer Puteh

Buat julung kalinya SMK Cheneh Baru telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Penyerahan e-Book DUN Ayer Puteh, Kemaman. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Seramai lebih 500 murid-murid Tahun 5 sekolah-sekolah dalam DUN Ayer Puteh telah menerima e-book sambil diiringi penjaga masing-masing.

Dalam majlis ini juga, Seramai lebih 200 orang pelajar Tingkatan 6 Daerah Kemaman yang tidak mendapat biasiswa telah diberi saguhati sebanyak RM1000 setiap seorang oleh Yayasan Terengganu dan disampaikan sendiri oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.

Bersempena dengan majlis ini juga, satu upacara ringkas Majlis Penyerahan Bas kepada SMK Cheneh Baru telah disempurnakan di hadapan Dewan Bestari SMK Cheneh Baru.

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Terengganu 2009

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Negeri Terengganu 2009 telah berlangsung di Padang Asrama SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 27 Jun 2009 yang lalu. Pertandingan ini menyaksikan pasukan dari SMK Menerong mendapat tempat pertama bagi kategori Targeting, manakala pasukan dari SMK Mercang menjadi juara kategori Parachute. Pasukan dari SMK Cheneh Baru sekadar mendapat tempat ke-4 bagi kategori Targeting. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang menjuarai pertandingan pada kali ini.

Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru peringkat SMKCB akan diadakan pada 17 Mei 2009.
Tema Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa
Lagu tema hari guru pada tahun ini:

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Lagu tema bersama muzik boleh dimuat turun dari http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html


Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2009

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Bagi Tahun 2009 boleh dibuat mulai 6hb Mei 2009. Semakan ini boleh dibuat melalui :

1. Semakan di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://apps.emoe.gov.my/form6/semakanform6/)
2. Semakan SMS

o Taipkan MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>[no KP] atau MOE<jarak>T6<jarak>AG<jarak>[no Giliran] hantar ke 15888

Kejohanan Bola Tampar MSSM Kemaman 2009





Kejohanan bola tampar MSSM Kemaman 2009 telah diadakan pada 7-9 April 2009 di SM Teknik Kemaman. Kejohanan tersebut menyaksikan pasukan bola tampar P18 SMKCB telah menjadi Johan manakala pasukan L18 SMKCB mendapat tempat ketiga.

Seramai 4 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki telah terpilih untuk mewakili pasukan bola tampar Kemaman ke Kejohanan Bola Tampar MSSM Terengganu 2009.

Pelajar yang terpilih adalah:
  1. Zuraidah Bt Mohamad
  2. Nik Rosheila Bt Nik Par
  3. Lailey Nadia Bt A. Manan
  4. Siti Musliha Bt Ismail
  5. Saiful Naim B. Said
  6. Mohd Shamsi B Zakaria
Pelajar-pelajar ini dikehendaki hadir ke latihan pusat di SM Teknik Kemaman dari 17 April hingga 21 April 2009.

KejohananBola Tampar MSSM Terengganu akan diadakan di Daerah Kuala Terengganu Selatan pada 23-25 April 2009.

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2009-1

Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.skmm.gov.my

Tarikh Peperiksaan: 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 2.00ptg

Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2009
Masa: 5.00 ptg

Tempat: Wilayah Timur (Kolej Telekom dan Multimedia - Rusila)

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web www.skmm.gov.my. Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui pos selewat-lewatnya pada 12 Jun 2009.

*Kelas persediaan RAE2009-1 akan diadakan selepas cuti persekolahan bulan Jun jika ada sambutan.

Penyelenggaraan Peralatan ICT 2009

Makluman kepada semua guru dan staf SMKCB:

Pada tahun 2009 ini, semua kerosakan peralatan ICT akan diselenggara melalui PKG Ceneh Baru. Sehubungan dengan itu, sebarang kerosakan perlatan boleh dimaklumkan kepada Penyelaras Unit ICT, Cikgu Suhaimi Bin Mohamad untuk tindakan lanjut. Sila sertakan sekali salinan Kad Harta Modal (KEW312) peralatan tersebut.

Karnival Pendidikan Agama Islam Zon 3



Untuk melihat gambar lain dan laporan pertandingan, sila ke sini

Kejohanan Bola Sepak Zon 1 MSSM Kemaman


Kejohanan Bola Sepak Zon 1 MSSM Kemaman
Lagi gambar menarik dan laporan kejohanan di sini

Keputusan STPM 2008

Calon-calon boleh menyemak keputusan STPM 2008
Mulai jam 12.00 tengah hari,
10 Mac 2009
Melalui SMS dengan menaip STPM
No. K/P dan hantar ke 39003 atau secara on-line: www.mpm.edu.my

PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPAS SPM (KPLSPM) AMBILAN JULAI 2009





lawati http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/


MAKLUMAT PERMOHONAN

Lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menceburi profesion keguruan sebagai guru sekolah di Malaysia adalah dipelawa untuk mengikuti salah satu program yang tersebut di bawah:

1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC).
2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.0
SYARAT DAN KELAYAKAN UMUM

Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan umum seperti berikut:

1.1 Warganegara Malaysia.

1.2 Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Julai 2009 iaitu lahir pada atau selepas 1 Julai 1989.

1.3 Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:


a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik atau Matematik Tambahan
d. Sejarah
e. Fizik atau Kimia atau Biologi atau
Pengajian Kejuruteraan Awam atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau
Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau
Sains atau Sains Tambahan, dan
f. Satu mata pelajaran lain

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/

Web Unit Kokurikulum

smkcbpkko.blogspot.com
Ini adalah web khusus unit kokurikulum. Maklumat lanjut paparan kokurikulum boleh diperolehi dari laman web berkenaan. Walaubagaimanapun, web ini masih di peringkat permulaan.

Kejohanan Olahraga MSSM Kemaman 2009







Keputusan Penuh Pasukan SMKCB

Pingat Perak:
1. Suhaila Amanda bt Shafie .................5km jalan kaki P18
2. Syafik Ikhwan b Azami .....................5km jalan kaki L15
3. Nor Adila bt Mohd Amin...................200m berpagar P15
4. Nor Anasuhah bt Che Noh.................400m berpagar P18

Pingat Gangsa
1. Suhaida bt Shakri............................... 200m P18
2. Nor Adila bt Mohd Amin................... 400m P15
3. Zamrah bt Salleh................................ 100m berpagar P15
4. Siti Suriana bt Zanzalani................... 100m berpagar P18

Keempat
1. Kuartet p15 ........................................ 4 x 100m P15
2. Nor Nashalida bt Mahadi.................. 3km jalan kaki P15

Pencapaian keseluruhan kontigen olahraga SMKCB dalam kejohanan pada kali ini adalah sederhana. Kita akan bangkit semula untuk memberi cabaran lebih bermakna pada tahun hadapan dan pasti akan menjulang kembali nama SMKCB dalam olahraga.

Kejohanan PingPong MSSM Kemaman 2009







Tarikh Kejohanan : 4 - 5 Februari 2009
Tempat : SMK Binjai.

SMKCB telah menghantar 4 wakil pada kejohanan ini. Keputusannya:
Noor Izzat Fahmi bin Abdullah : Naib Johan
Mohamad Lokman bin Abdullah : Ke 5

Kedua-dua wakil SMKCB ini telah dipilih untuk mewakili MSSM Kemaman ke Kejohanan PingPong MSSM Terengganu 2009 di Kuala Terengganu pada 12 - 14 Februari 2009.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM KEMAMAN 2009

Kejohanan ini akan dilaksanakan pada 14 hingga 17 Februari 2009 bertempat di SMKSI dan SMKSI II. SMK Ceneh Baru turut menghantar kontingen olahraga seramai 47 peserta termasuk 4 daripada Pendidikan Khas. Latihan pusat secara bersepadu telah dijalankan selama seminggu dengan kehadiran atlit yang sangat baik.

SEMOGA SMKCB AKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM KEJOHANAN INI HASIL KOMITMEN GURU DAN KESUNGGUHAN ATLIT.

SELAMAT BERJUANG.

*gambar sepanjang latihan pusat dan laporan penuh kejohanan akan menyusul.

Sukan Tara 2009 - Senyum Guru





Hanya untuk hiburan setelah berpenat 2 hari di padang. Terima kasih kepada semua guru.




Kejohanan Olahraga Mini, SMKCB 2009

Tarikh : 2 Februari 2009 (Semua pelajar perempuan)
3 Februari 2009 (Semua pelajar lelaki)
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Acara : Larian 200, Lompat Jauh, Lontar Peluru
Kategori Pertandingan : L/P 18, L/P 15, L/P 15

Kejohanan ini dijalankan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan olahraga dan seterusnya diserapkan ke pasukan olahraga sekolah bagi membawa cabaran SMKCB di Kejohanan Olahraga MSSM Kemaman 2009 nanti.
Kedatangan pelajar diwajibkan dan akan ditanda dalam buku Penilaian Kokurikulum pelajar.

Laporan dan berita bergambar akan menyusul selepas kejohanan ini.
Selamat berjuang

Kejohanan Merentas Desa MSSM Kemaman 2009













Tarikh Kejohanan: 17 Januari 2009 (Sabtu)
Keputusan :
Johan Kategori Lelaki 18 Tahun
Mohd Hafizuddin bin Abd Wahab : Naib Johan L18
Khairul Azlan bin Shamsuddin : Ke 6 L18
Mohd Rizuan b Hanafi : ke 7 L15
Nor Adila bt Mohd Amin : ke 3 P15

Sekitar Kejohanan Merentas Desa SMKCB kali ke 7 2009

Tarikh Kejohanan : 11 Januari 2009
(Keputusan Penuh Akan Menyusul)















Jadual Pembayaran Gaji 2009

Bulan Tarkh Hari
Januari 19.01.2009 Isnin
Februari 25.02.2009 Rabu
Mac 25.03.2009 Rabu
April 23.04.2009 Khamis
Mei 25.05.2009 Isnin
Jun 25.06.2009 Khamis
Julai 23.07.2009 Khamis
Ogos 25.08.2009 Selasa
September 10.09.2009 Khamis
Oktober 08.10.2009 Khamis
November 25.11.2009 Rabu
Disember 17.12.2009 Khamis

Senarai Guru 2009

BIL NAMA GRED JAWATAN
1 CHE KU MAZNAH BT CHE KU ENDUT DG48 PENGETUA
2 FATIMAH BINTI HARON DG44 PK PENTADBIRAN
3 MOHD IBRAHIM BIN MOHAMAD DG44 PK KOKURIKULUM
4 LATIFAH BINTI ABDUL RAZAK DG44 PK HEM
5 SAPIAH BINTI ABDULLAH DG44 KB BAHASA
6 MOHD KAMARUDDIN BIN YOB DG44 KB KEMANUSIAAN
7 RAMLAH BINTI AHMAD DG44 KB VOTEK
8 MOHD ZAMLI BIN OTHMAN@ HARUN DG41 KB SAINS MATEMATIK
9 AHMAD AZLI BIN ISMAIL @ ABD AZIZ DG41
10 AHMAD AZRAI BIN ABDULLAH DG41
11 AHMAD NIZAM BIN MAMAT @ MOHD. DG41
12 AHMAD ZAKI B. ISMAIL DG41
13 ANISAH BINTI JUSOH DGA32
14 AZIZU BIN ABDULLAH DG41
15 BAHARI BIN ABDUL RAHMAN DG41
16 BIBINOORHAMIMAH BINTI ISMAIL DG41
17 CHE HASNAN BIN CHE HAMID DG44
18 CHONG MUN WAI DG41
19 FARIDAH BT IBRAHIM DG41
20 HANIZAN BIN ABDUL MANAN DG41
21 HARUN BIN ISMAIL DG41
22 HASAN BIN MOHAMAD DG44
23 HO PEK CHING DG41
24 ISMAIL BIN UBAIDILLAH DGA32
25 ISMAWI BIN NGAH DG41
26 JUMILAWATI BT. MOHD AFPANDI DGA32
27 KAMARULZAMAN BIN ISMAIL DG41
28 KASMAZELI BINTI ALI DG41
29 KHATIJAH BINTI SAMAT DG41
30 MARINA BINTI JAAFAR DG41
31 MIZAM BIN ABDUL RASID DG41
32 MOHAMMAD SANI BIN ZAKARA DC41
33 MOHD ABDILLAH BIN TAHA DG41
34 MOHD AZMI BIN MAT JOHAR DG41
35 MOHD KIFLI BIN YASIN DG44
36 MOHD ROPEE BIN ISMAIL DG44
37 MOHD SABRI BIN HUSAIN DG41
38 NIK MAZITA BT. NIK YAHYA DC41
39 NOOR ANISAH BINTI ABDULLAH DC41
40 NOOR MANIZAM BINTI ISMAIL DG41
41 NOR AKIMA BT HASAN DC41
42 NOR AZIZI BT CHE HASHIM DG41
43 NOR AZURA BINTI ABD RASHID DG41
44 NOR SYAHADAH BINTI SULONG DG41
45 NORAIDAH BT KADIR DG41
46 NORAZLA BINTI ABU HASSAN DG44
47 NORAZLINA BINTI AZIZ DG41
48 NORLAILY BINTI YAAKOB DG41
49 NORSHUHADAH BINTI ABD HAMID DG41
50 NORZAIHA BINTI RAZALI DG41
51 NUR ATHIRATUL LAILY BT ABDULLAH DGA32
52 NUR ROHAYU BINTI MAMAT DG41
53 ROHANI BINTI MOHD DG41
54 ROHANI BINTI YUSOFF DG44
55 ROHANITA BINTI AWANG DG41
56 ROSHIDI B ABDULLAH DG41
57 ROSITA BINTI MUDA DG41
58 ROSMURNIWATI BTE ELLEH / ALIAS DG41
59 ROSNIDA BT ZAKARIA DG41
60 SITI HAJAR BUHAIRA BINTI IDRIS DC41
61 SITI NOR BINTI SALLEH DG41
62 SUHAIMI BIN MOHAMAD DG41
63 SURIANI BINTI YA DG41
64 TAJOR NOR AMARAM BIN MOHD DG44
65 TUAN MOHD NORHISYAM BIN TUAN DOLLAH DG41
66 WAN MOHD SALLEH BIN WAN ISMAIL DG44
67 ZANIAH @ KAMARIAH BINTI SHAFEI DG41
68 ZULKIFLI BIN ZAHARI DG41
69 ZURAINI BINTI MOHAMAD NAWI DG41
70 MALA BINTI SALLEH DG41
71 HAZNAN BIN MOHAMAD DG41
72 ROSNIZA BT AWANG DG41
73 BAKHTIAR BIN MANSOR DG41
74 ZAINUN BT TENGAH DG41
75 NORMAH BT SAMI'AUN DG44

76 ADNAN BIN HASSAN DG41




Kejohanan Merentas Desa SMKCB 2009 kali ke 7

Tarikh Kejohanan : 11 Januari 2009 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi - 2.05

Latihan Rumah Sukan:
6 Januari 2009 (Selasa) - Lelaki sahaja
7 Januari 2009 (Rabu) - Perempuan sahaja
Masa : 3.00 - 4.30 petang

Diharapkan pelajar dapat menghadiri latihan sebagai persediaan untuk kejohanan ini. Guru-guru rumah sukan, sila pastikan pelajar hadir latihan.

Bersama memartabatkan sukan sekolah.

Keputusan PMR 2008

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2008 yang lalu.
  • Noorhidayu Binti Ismail (8A)
  • Nurul Zafirah Binti Zamelan (8A)

8A

7A

6A

5A

4A

3A

2A

1A

2

6

6

8

9

11

17

32


M/PELAJARAN

BIL.
CALON
HADIR

A

B

C

D

E

B. MELAYU

198

13

101

47

28

9

B. INGGERIS

200

11

35

32

60

62

SEJARAH

199

26

35

45

80

13

GEOGRAFI

200

30

29

68

57

16

PEND. ISLAM

198

53

57

51

17

20

MATEMATIK

199

51

35

37

54

22

SAINS

200

15

44

44

76

21

KH 1

50

29

10

7

2

2

KH2

60

35

12

10

2

1

KH3

0

0

0

0

0

0

KH4

93

6

17

49

20

1