Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)





Bagi melengkapkan program Latihan Dalam Perkhidmatan, Unit ICT menganjurkan satu Kursus Membina Blog kepada guru-guru dan staf SMK Ceneh Baru. Kursus selama 2 hari ini dijalankan bagi memberi pendedahan mengenai blog serta langkah-langkah membina blog sehinggalah kepada pengubahan susunan dan rekaan sesebuah blog.

Program terbuka ini disertai oleh 16 orang guru yang sungguh berminat dan berusaha untuk membangunkan blog masing-masing. Para guru boleh menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar-pelajar secara terus dalam talian.

Melihat kepada komitmen yang diberikan oleh para peserta, Unit ICT bercadang untuk mengadakan Kursus Membina Blog Siri 3 pada bulan September nanti.

No comments: