Tahniah dan Selamat Datang

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang akan berpindah pada 2009 nanti. Segala sumbangan dan kerjasama yang telah dihulurkan untuk menjayakan program/aktiviti kokurikulum, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Teruskan sumbangan yang cemerlang dalam kokurikulum ini di tempat bertugas yang baru.
Dan kepada guru yang akan memulakan tugas di SMKCB, saya ingin mengucapkan selamat datang.

Jasa Mu di Kenang

Warga SMK Ceneh Baru mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah diluluskan permohonan pertukaran . Segala jasa dan pengorbanan cikgu/ustaz/ustazah semasa di SMK Ceneh Baru akan kami kenang.
  • Wan Abdul Ghani B. Wan Yusuf (TESL/Moral) → SMK Geliga, Kemaman.
  • Mohd Hasbullah Murah B. Abdul Rahman (Usuluddin/Pend. Islam) → SMK Rasau Kerteh B5, Kemaman.
  • Lee Teik Soon (PJ/PJK) → SMK Sultan Ismail, Kemaman.
  • Hatini Bt. Wahab (Perakaunan/Math.) → SMK Sultan Ismail, Kemaman.
  • Khadijah Bt. Che Ros (Pengajian Islam) → SMK Mak Lagam, Kemaman.
  • Rohani Bt. Mohammad (Syariah) → SMK Guntong, Setiu.
  • Muhammad Fahmi Segaran Bin Abdullah (TESL) → SMK Sungai Tong, Setiu.
  • Noor Azizah Bt. Ab. Aziz (Matematik) → SMK Kg. Nyior, Paka.
  • Norlia Bt. Romele (Sains) → SMK Jerangau, Dungun.
  • Zaid B. Daud (Pengajian Islam) → SMK Padang Midin, K. Terengganu.
  • Nur Zehan Bt. Majid (Matematik) → SMK Nering, Besut
  • Munirah Bt Ibrahim (Kesusasteraan Mel./BM) → SMK Nering, Besut.
  • Sobahul Khairi B. Ismail (PJK) → SMK Serating, Marang.
  • Mohd Zulkifli B. Mohd (Eko./Perdagangan) → K. Terengganu.
  • Karteny Bt. Ahmad Sofian (KH/PJK) → K. Terengganu.
  • Mohd Sukri B. Salleh (TESL) → Kuantan.
Juga, SELAMAT DATANG kepada guru-guru baru ke SMK Ceneh Baru:
  • Nor Akima Bt Hasan (Kimia/Sains) dari Geliga Besar, Kemaman.
  • Siti Hajar Buhaira Bt Idris (BM/Geo.) dari Alor Serdang, Bintang, Permaisuri.
  • Noor Anisah Bt Abdullah (TESL) dari Belukar Sukai, Kepong, K. Terengganu.
  • Bibi Noorhamimah Bt. Ismail (Pend. Khas) dari SMK Tok Dor, Jerteh.
  • Mala Bt. Salleh (Pendidikan Islam) dari SMK Taman Medan, Petaling Jaya.
  • Nor Azura Bt Rashid (Biologi) dari SMK Air Putih, Kuantan.
  • Mohd Azmi B. Mat Johar (Sains) dari SMK Air Putih, Kuantan.
  • Marina Bt Jaafar (ERT/Perdagangan) dari SMK Gedangsa, Selangor.
  • Nor Azita Bt. Muda ( Peng. Perniagaan/Ekonomi) dari SMK Trolak Selatan, Perak.
  • Bakhtiar B. Mansor (PJ) dari SMK Penangah, Sabah.
  • Zainun Bt tengah (Asas Perakaunan/Amln. Perdagangan) dari SMK Bandar Penawar, Johor.
  • Rosniza Bt Awang (Prinsip Akaun) dari SMK Kemabong, Sabah.
  • Haznan B. Mohamad @ Manas (Perdagangan/Ekonomi) dari SMK Sung Siew (CF), Sabah.

Kalendar Persekolahan 2009

Kumpulan A: Kedah, Kelantan & Terengganu
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2009 29.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 26.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 12.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2009 21.03.2009 9
Hari Persekolahan 22.03.2009 31.03.2009 8
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 03.05.2009 28.05.2009 20
Cuti Pertengahan Tahun 29.05.2009 13.06.2009 16
II Hari Persekolahan 14.06.2009 30.06.2009 13
Hari Persekolahan 01.07.2009 31.07.2009 22
Hari Persekolahan 02.08.2009 20.08.2009 15
Cuti Pertengahan Penggal 21.08.2009 29.08.2009 9
Hari Persekolahan 30.08.2009 31.08.2009 2
Hari Persekolahan 01.09.2009 30.09.2009 22
Hari Persekolahan 01.10.2009 29.10.2009 21
Hari Persekolahan 01.11.2009 19.11.2009 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2009 02.01.2010 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78


Download di SINI

Soalan Percubaan SPM Negeri-negeri 2008

Kepada semua pelajar dan guru yang berminat untuk memuat turun soalan-soalan percubaan SPM dari beberapa negeri boleh mengunjungi blog http://jaarsmtd.blogspot.com

Semakan Keputusan PTK

Semua guru boleh menyemak keputusan PTK secara online di http://www.mpm.edu.my/ptk/loginfrm.aspx atau melalui SMS : taip PTK <No.KP Baru> dan hantar ke 39003

Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik

Permohonan adalah dipelawa kepada semua pelajar Tingkatan 3 untuk ke Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia. Kepada pelajar-pelajar yang berminat boleh melayari laman web Sistem Permohonan Dalam Talian ke Sekolah Menengah Teknik di http://apps.emoe.gov.my/esptv untuk maklumat lanjut seterusnya mengisi borang permohonan secara 'online'. Tarikh Tutup Permohonan: 15 Januari 2009

PMR 2008

Semua warga pendidik SMK Ceneh Baru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR 2008 kepada semua calon PMR SMK Cheneh Baru. Semoga impian akan menjadi kenyataan.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009

Permohonan adalah dipelawa bagi pelajar-pelajar yang berminat dan berkelayakan melalui laman web http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/ . Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2008

Syarat dan kriteria:

1. WARGANEGARA MALAYSIA

2. PELAJAR SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN ATAU SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN SAHAJA

3. KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan minimun akademik berasaskan pencapaian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2008 seperti ketetapan berikut :

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata pelajaran , tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga seperti Bahasa Arab, Perancis, Jerman, Iban , Jepun, Mandarin, Tamil atau seumpamanya;
  • Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi matapelajaran yang lain; dan
  • Untuk ke tingkatan 4 Aliran Sains Agama dan Aliran Agama, calon juga hendaklah memperolehi Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi).

4. AKTIF DALAM KOKURIKULUM

Calon akan diberikan merit berasaskan pencapaian kokurikulum calon di Tingkatan 1, 2 atau 3. Aspek kokurikulum yang dinilai adalah seperti berikut :

  • Kelab dan Persatuan
  • Pakaian Seragam / Unit Beruniform
  • Sukan dan Permainan
  • Tugas Khas

Sebagai maklumat tambahan, nyatakan satu jenis permainan pemohon mempunyai pencapaian tertinggi pada salinan permohonan A/SST4


5. PAKEJ MATAPELAJARAN MENGIKUT ALIRAN

ALIRAN SAINS TULEN
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Sejarah
5.Pendidikan Islam / Moral
6.Additional Mathematics
7.Physics
8.Chemistry
9.Biology
10.EST

ALIRAN SAINS AGAMA
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Sejarah
5.Additional Mathematics
6.Physics
7.Chemistry
8.Biology
9.EST
10.Bahasa Arab Tinggi
11.Pendidikan Al-Quran & Sunnah
12.Pengajian Syariah

ALIRAN AGAMA
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Science
5.Sejarah
6.Additional Mathematics
7.Ekonomi Asas
8.Prinsip Akaun
9.EST (pilihan)
10.Bahasa Arab Tinggi
11.Pendidikan Al-Quran & Sunnah
12.Pengajian Syariah

ALIRAN SAINS TEKNIKAL
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Sejarah
5.Pendidikan Islam / Moral
6.Additional Mathematics
7.Physics
8.Chemistry
9.Teknologi Kejuruteraan
10.Lukisan Kejuruteraan
11.EST



Bagi calon atau pemohon yang tidak berjaya pada ambilan pertama boleh mengemukakan rayuan secara online sahaja

Tarikh tutup rayuan adalah dua minggu selepas semakan keputusan pemilihan dan penempatan diumumkan.


PERTUKARAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pertukaran antara SBP dengan SBP yang lain dalam wilayah ( Semenanjung Malaysia atau Sabah Sarawak WP Labuan ) adalah tidak dibenarkan

Pertukaran antara SBP dengan SBP yang lain antara wilayah ( Semenanjung Malaysia ke Sabah Sarawak WP Labuan atau sebaliknya ) adalah dibenarkan

Pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan adalah tidak dibenarkan

Makluman: Foto Kem Jati Diri Pengawas

Kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan foto-foto semasa Kem Jati Diri Pengawas 2008 yang lalu, boleh menghubungi Cikgu Suhaimi dengan membawa bersama Pendrive atau CD kosong (jika ada). CD kosong juga boleh didapati daripada Cikgu Suhaimi.

Kem Jati Diri Pengawas Sekolah 2008








Badan Pengawas SMKCB telah mengadakan satu Kem Jati Diri khas untuk pengawas sekolah di Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan pada 7-9 Ogos 2008 yang lalu. Seramai 55 orang pengawas sekolah telah menyertai kem ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dari Eco-Tech Explorer Centre sambil dipantau oleh guru-guru SMKCB.

Berbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem ini diadakan, antaranya ialah, Night Walk, Flying Fox, Kembara Berhalangan, Berakit, Latihan Kawad, Latihan Asas Tempur, LDK dan ceramah-ceramah motivasi dalam mengcungkil potensi diri para pelajar sebagai seorang pengawas sekolah yang berdisiplin.

Walaupun para peserta kelihatan kepenatan tetapi terpancar dari wajah mereka keriangan dan kepuasan dalam mengharungi rintangan dan latihan sepanjang 3 hari kem ini dijalankan. Ada juga pelajar yang beria-ria untuk mengikuti kem seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Pihak Badan Pengawas SMKCB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa bersama-sama di kem ini walaupun dengan membawa bersama anak-anak yang masih kecil demi menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tidak lupa juga, Badan Pengawas mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih dari Eco-Tech Explorer kerana memberi pengalaman berharga kepada anak didik SMKCB, serta GPK HEM Pn. Latifah Bt Abdul Razak kerana sudi meluangkan masa merasmikan penutup Kem Jati Diri Pengawas Sekolah pada kali ini.

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Negeri Terengganu 2008


Pertandingan kali ini telah diadakan di Padang Asrama, SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 18 dan 19 Julai 2008. SMK Ceneh Baru telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada Noor Izzat Fahmi Bin Abdullah dan Tuan Mohammad Fareez Bin Tuan Ibrahim serta diiringi oleh Cikgu Suhaimi Bin Mohamad.

Pasukan SMKCB telah mendapat tempat ke-5 dalam kategori 'targeting' dan tempat ke-6 dalam kategori 'parachute'. Namun begitu, secara keseluruhannya pasukan SMKCB telah mendapat tempat ke-3.

Selamat Hari Guru

admin@smkcenehbaru.blogspot.com mengucapkan

kepada semua warga pendidik.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 17 MEI 2008
Tempat : Dewan Bestari SMKCB
Perasmian Oleh :
Y.Bhg. En. Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid
Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu

Bersempena dengan mesyuarat ini juga akan diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR, SPM dan STPM 2007.

Lagu Tema Hari Guru 2008

Tarikh 16 Mei merupakan hari bersejarah bagi semua guru di Malaysia kerana 16 Mei telah pun diisytiharkan sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru 2008 adalah "Guru Cemerlang Negara Terbilang".

Lagu Tema Hari Guru 2008:

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG


Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran


Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP

Lagu tema ini boleh dimuatturun di sini (klik kanan dan pilih 'save as ..'):
Muzik & Vokal
Muzik sahaja

Majlis Penyerahan Mentee Kepada Mentor Pelajar Elit PMR, SPM Dan STPM 2008

Majlis tersebut telah diadakan pada 29 April 2008 jam 2.30 petang di Dewan Bestari SMKCB. Sempena dengan majlis ini satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, En. Zakaria bin Hussin, PJK.

Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2008

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di IMTIAZ Kuala Terengganu pada 1 Mac yang lalu. Dalam pertandingan ini SMK Ceneh Baru telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket. Mereka terdiri daripada Matan Muhamad Isyraf B. Matan Ibrahim dan Mohamad Aimran B. Abd. Latif bagi kategori paracut, serta Noor Izzat Fahmi B. Abdullah dan Tuan Mohammad Fareez B. Tuan Ibrahim bagi kategori targetting dengan dibimbing oleh Cikgu Suhaimi Bin Mohamad dan Cikgu Hasan Bin Mohamad. Dalam pertandingan kali ini, pasukan SMKCB telah menjuarai kategori Targetting dengan menewaskan lebih 40 buah pasukan dari sekolah-sekolah negeri Terengganu. Pencapaian ini amat membanggakan kerana inilah kali pertama SMKCB menyertai pertandingan seumpamanya.

Tahniah kepada semua peserta dari SMKCB.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keputusan Rasmi Larian Merentas Desa SMKCB 2008

L14

P14

L15

P15

L18

P18

JUMLAH
MATA

BENDAHARA

114

112

90

40

169

131

656

HULUBALANG

84

105

68

116

83

113

569

LAKSAMANA

75

86

38

23

46

35

303

TEMENGGUNG

96

52

37

28

78

31

322

Sambutan Maal Hijrah 1429

Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah telah diadakan pada 28 Januari 2008 bertempat di Dewan Bestari SMK Ceneh Baru bermula jam 8.00 pagi.

Sambutan dimulakan dengan bacaan Yasin oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dengan diketuai oleh Ustaz Zaid bin Daud. Bersempena sambutan ini juga, seorang penceramah bebas, Ustaz Yusof bin Abdul Razak telah menyampaikan ceramah motivasi ke arah menghijrah minda para pelajar menjadi insan yang lebih bertaqwa.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKCB 2008

Kejohanan merentas desa akan diadakan pada 24 Januari 2008 jam 8.00 pagi. Semua peserta diingatkan supaya memakai pakaian sukan yang sesuai. Acara akan dilepaskan oleh Puan Pengetua SMKCB, Pn. Hajjah Che Ku Maznah B. Che Ku Endut. Para pelajar yang berjaya berpeluang menyertai Kejohanan Larian Jubli Emas MSSM Kemaman yang akan diadakan pada 2 Februari 2008 di SMK Seri Bandi.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2008

(Satu tarikh untuk semua negeri)

Bulan

Tarikh

Hari

Catatan

Januari

24.01.2008

Khamis


Februari

25.02.2008

Isnin

Tahun Baru Cina 07 & 08.02.2008

Mac

25.03.2008

Selasa


April

24.04.2008

Khamis


Mei

22.05.2008

Khamis

25.05.2008 hari Ahad

Jun

25.06.2008

Rabu


Julai

24.07.2008

Khamis


Ogos

25.08.2008

Isnin


September

25.09.2008

Khamis

Hari Raya Puasa 01 & 02.10.2008

Oktober

20.10.2008

Isnin

Deepavali 27.10.2008

November

25.11.2008

Selasa

Hari Raya Haji 08.11.2008

Disember

18.12.2008

Khamis

Hari Krismas 25.12.2008