Lagu Tema Hari Guru 2008

Tarikh 16 Mei merupakan hari bersejarah bagi semua guru di Malaysia kerana 16 Mei telah pun diisytiharkan sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru 2008 adalah "Guru Cemerlang Negara Terbilang".

Lagu Tema Hari Guru 2008:

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG


Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran


Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP

Lagu tema ini boleh dimuatturun di sini (klik kanan dan pilih 'save as ..'):
Muzik & Vokal
Muzik sahaja

1 comment:

nor said...

tahniah sbb smk cheneh baru dah ada web site...
Khelassssssssss.......
So, sy cadangkan buat uniform batik sutera pulok utk guru & staff smk cheneh baru.Mesti lawa punye....
Klau berminat @ nak tahu lbh lanjut call:0179625574 norac_piungg@yahoo.com


tq