Majlis Jasamu Dikenang




Satu majlis ringkas "Jasamu Dikenang" telah diadakan di Restoran Papadell, Taman Chukai Utama, Kemaman bagi memperingati jasa dan bakti yang telah disumbangkan oleh En. Mohd Yusof sepanjang berkhidmat di SMK Cheneh Baru sebelum ditukarkan ke SK Cheneh Baru. Majlis ini juga turut meraikan Cikgu Bahari yang diluluskan pertukaran ke Hulu Terengganu.

Muat Turun Video Majlis Graduasi C-BEST 2011

Video sempena Majlis Graduasi C-BEST 2011 boleh dimuat turun melalui link berikut. Video ini dibahagikan kepada 8 bahagian untuk memudahkan proses muat naik dan muat turun. Semua bahagian perlu dimuat turun sepenuhnya. Anda perlu menggunakan perisian WinRar untuk menyambung semua bahagian menjadi satu video. Jika komputer anda tidak dilengkapi dengan perisian WinRar, anda boleh muat turun perisian tersebut di SINI




Kalau rasa lambat sangat nak siap download, boleh beli dari Cikgu Suhaimi (RM8-2CD).
Nak jimat lagi??? Bawa pendrive...sedut jer. (Saiz video 1.4G)

Permohonan Program Matrikulasi

Bagi pelajar-pelajar SPM anda boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat mulai sekarang sehingga 10 Oktober 2011.

Cara Permohonan.
i. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan.
Kaunselor mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN). Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai.

ii. Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja). Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
Kaunselor akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)
Kaunselor pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah: Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya), Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897, Nombor Kad Pengenalan Pelajar, Nombor PMI 5 Digit.
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Aplikasi Permohonan Program Matrukulasi KPM mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2011 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.

Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Permohonan juga dipelawa kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 untuk ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012.
Tarikh tutup permohonan: 15 Oktober 2011.

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2012

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 untuk ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

Kem Motivasi & Kecemerlangan PMR - KRK 2011







Satu program Kem Motivasi & Kecemerlangan PMR - KRK telah diadakan di Pusat Rekreasi Air, Pantai Balok, Kuantan pada 23 hingga 24 Jun 2011 yang lalu. Berbagai aktiviti telah dijalankan bagi menambahkan motivasi pelajar sebagai persediaan menghadapai peperiksaan PMR 2011 tidak lama lagi.

Pra-pelancaran "Kenyir Island Hoping"










Pada 28 April 2011, SMK Cheneh Baru telah menerima jemputan daripada pihak KETENGAH untuk menghadiri program pra-pelancaran "Kenyir Island Hoping" bertempat di pulau-pulau sekitar Tasik Kenyir.

Sebelum para pelajar dibawa melawat pulau-pulau di Tasik Kenyir, satu taklimat program serta pembangunan Tasik Kenyir telah disampaikan oleh En. Zukaimi Bin Ahmad, Penolong Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir. Para pelajar kemudiannya dibawa melawat akuarium pameran ikan-ikan yang terdapat di Tasik Kenyir seperti Kelah, Toman, Baung, Lampan, Kalui dan sebagainya.

Kemudian, para pelajar telah dibawa menaiki Kenyir Lake Cruiser, Bayas 1 untuk melawat Taman Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil dan seterusnya melawat Taman Burung.


Keputusan SPM 2010

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya.


L

P

JUM.

7A


1

1

6A

1

2

3

5A


4

4

4A

2

8

10

3A

2

4

6

2A

8

8

16

1A

8

17

25


Pelajar Terbaik:

1. Nur Hidayah Binti Abd Rahman (7A)
2. Mohd Afizol Bin Ramle (6A)
3. Nurul Zafirah Binti Zamelan (6A)
4. Hasleeda Binti Kamarudin (6A)
5. Fatin Nur Izzati Binti Mazlan (5A)
6. Norzalika Binti Mohd Nordin (5A)
7. Noorhidayu Binti Ismail (5A)
8. Nurul Amira Izzaty Binti Horsali (5A)

Kejohanan Olahraga Kali Ke-13 2011

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh menjayakan temasya Kejohanan Olahraga Kali Ke-13. Temasya kali ini disertai oleh 288 pelajar yang begitu bersemangat dalam menjayakan misi pasukan masing-masing. Temasya 3 hari ini juga menyaksikan pasukan rumah Hulubalang menjadi johan keseluruhan dengan pungutan 14 pingat Emas diikuti oleh rumah Temenggung dengan 12 pingat Emas, manakala tempat ketiga dan keempat disandang oleh rumah Laksamana dan Bendahara masing-masing.