PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPAS SPM (KPLSPM) AMBILAN JULAI 2009





lawati http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/


MAKLUMAT PERMOHONAN

Lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menceburi profesion keguruan sebagai guru sekolah di Malaysia adalah dipelawa untuk mengikuti salah satu program yang tersebut di bawah:

1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC).
2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.0
SYARAT DAN KELAYAKAN UMUM

Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan umum seperti berikut:

1.1 Warganegara Malaysia.

1.2 Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Julai 2009 iaitu lahir pada atau selepas 1 Julai 1989.

1.3 Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:


a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik atau Matematik Tambahan
d. Sejarah
e. Fizik atau Kimia atau Biologi atau
Pengajian Kejuruteraan Awam atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau
Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau
Sains atau Sains Tambahan, dan
f. Satu mata pelajaran lain

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/

No comments: