Soalan Percubaan SPM Negeri-negeri 2008

Kepada semua pelajar dan guru yang berminat untuk memuat turun soalan-soalan percubaan SPM dari beberapa negeri boleh mengunjungi blog http://jaarsmtd.blogspot.com

Semakan Keputusan PTK

Semua guru boleh menyemak keputusan PTK secara online di http://www.mpm.edu.my/ptk/loginfrm.aspx atau melalui SMS : taip PTK <No.KP Baru> dan hantar ke 39003

Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik

Permohonan adalah dipelawa kepada semua pelajar Tingkatan 3 untuk ke Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia. Kepada pelajar-pelajar yang berminat boleh melayari laman web Sistem Permohonan Dalam Talian ke Sekolah Menengah Teknik di http://apps.emoe.gov.my/esptv untuk maklumat lanjut seterusnya mengisi borang permohonan secara 'online'. Tarikh Tutup Permohonan: 15 Januari 2009

PMR 2008

Semua warga pendidik SMK Ceneh Baru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR 2008 kepada semua calon PMR SMK Cheneh Baru. Semoga impian akan menjadi kenyataan.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009

Permohonan adalah dipelawa bagi pelajar-pelajar yang berminat dan berkelayakan melalui laman web http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/ . Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2008

Syarat dan kriteria:

1. WARGANEGARA MALAYSIA

2. PELAJAR SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN ATAU SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN SAHAJA

3. KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan minimun akademik berasaskan pencapaian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2008 seperti ketetapan berikut :

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata pelajaran , tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga seperti Bahasa Arab, Perancis, Jerman, Iban , Jepun, Mandarin, Tamil atau seumpamanya;
  • Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi matapelajaran yang lain; dan
  • Untuk ke tingkatan 4 Aliran Sains Agama dan Aliran Agama, calon juga hendaklah memperolehi Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi).

4. AKTIF DALAM KOKURIKULUM

Calon akan diberikan merit berasaskan pencapaian kokurikulum calon di Tingkatan 1, 2 atau 3. Aspek kokurikulum yang dinilai adalah seperti berikut :

  • Kelab dan Persatuan
  • Pakaian Seragam / Unit Beruniform
  • Sukan dan Permainan
  • Tugas Khas

Sebagai maklumat tambahan, nyatakan satu jenis permainan pemohon mempunyai pencapaian tertinggi pada salinan permohonan A/SST4


5. PAKEJ MATAPELAJARAN MENGIKUT ALIRAN

ALIRAN SAINS TULEN
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Sejarah
5.Pendidikan Islam / Moral
6.Additional Mathematics
7.Physics
8.Chemistry
9.Biology
10.EST

ALIRAN SAINS AGAMA
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Sejarah
5.Additional Mathematics
6.Physics
7.Chemistry
8.Biology
9.EST
10.Bahasa Arab Tinggi
11.Pendidikan Al-Quran & Sunnah
12.Pengajian Syariah

ALIRAN AGAMA
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Science
5.Sejarah
6.Additional Mathematics
7.Ekonomi Asas
8.Prinsip Akaun
9.EST (pilihan)
10.Bahasa Arab Tinggi
11.Pendidikan Al-Quran & Sunnah
12.Pengajian Syariah

ALIRAN SAINS TEKNIKAL
1.Bahasa Melayu
2.English 1119
3.Mathematics
4.Sejarah
5.Pendidikan Islam / Moral
6.Additional Mathematics
7.Physics
8.Chemistry
9.Teknologi Kejuruteraan
10.Lukisan Kejuruteraan
11.EST



Bagi calon atau pemohon yang tidak berjaya pada ambilan pertama boleh mengemukakan rayuan secara online sahaja

Tarikh tutup rayuan adalah dua minggu selepas semakan keputusan pemilihan dan penempatan diumumkan.


PERTUKARAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pertukaran antara SBP dengan SBP yang lain dalam wilayah ( Semenanjung Malaysia atau Sabah Sarawak WP Labuan ) adalah tidak dibenarkan

Pertukaran antara SBP dengan SBP yang lain antara wilayah ( Semenanjung Malaysia ke Sabah Sarawak WP Labuan atau sebaliknya ) adalah dibenarkan

Pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan adalah tidak dibenarkan

Makluman: Foto Kem Jati Diri Pengawas

Kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan foto-foto semasa Kem Jati Diri Pengawas 2008 yang lalu, boleh menghubungi Cikgu Suhaimi dengan membawa bersama Pendrive atau CD kosong (jika ada). CD kosong juga boleh didapati daripada Cikgu Suhaimi.

Kem Jati Diri Pengawas Sekolah 2008








Badan Pengawas SMKCB telah mengadakan satu Kem Jati Diri khas untuk pengawas sekolah di Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan pada 7-9 Ogos 2008 yang lalu. Seramai 55 orang pengawas sekolah telah menyertai kem ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dari Eco-Tech Explorer Centre sambil dipantau oleh guru-guru SMKCB.

Berbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem ini diadakan, antaranya ialah, Night Walk, Flying Fox, Kembara Berhalangan, Berakit, Latihan Kawad, Latihan Asas Tempur, LDK dan ceramah-ceramah motivasi dalam mengcungkil potensi diri para pelajar sebagai seorang pengawas sekolah yang berdisiplin.

Walaupun para peserta kelihatan kepenatan tetapi terpancar dari wajah mereka keriangan dan kepuasan dalam mengharungi rintangan dan latihan sepanjang 3 hari kem ini dijalankan. Ada juga pelajar yang beria-ria untuk mengikuti kem seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Pihak Badan Pengawas SMKCB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa bersama-sama di kem ini walaupun dengan membawa bersama anak-anak yang masih kecil demi menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tidak lupa juga, Badan Pengawas mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih dari Eco-Tech Explorer kerana memberi pengalaman berharga kepada anak didik SMKCB, serta GPK HEM Pn. Latifah Bt Abdul Razak kerana sudi meluangkan masa merasmikan penutup Kem Jati Diri Pengawas Sekolah pada kali ini.