Taklimat E-Filing LHDN
Kejohanan Bola Tampar MSSM Kemaman 2007
Kejohanan Bola Tampar MSSM Kemaman kali ini berlangsung di SM Teknik Kemaman mulai 27 Mac 2007 hingga 29 Mac 2007. Dalam kejohanan kali ini, persaingan sengit terpaksa ditempuhi oleh pasukan bola tampar perempuan SMK Ceneh Baru sebelum dinobatkan sebagai juara setelah menumpaskan pasukan dari SMK Mak Lagam di peringkat akhir. Tahniah kepada semua pemain, serta jurulatih, En. Hamdan bin Labib dan En. Zulkifli bin Zahari
Jurulatih sedang memberikan tips kemenangan kepada para pemain
Antara penyokong SMK Ceneh baru yang hadir memberikan kata perangsang dan semangat kepada pemain termasuklah GPK Ko: En. Mohd Ibrahim dan juga bekas guru SMKCB
Majlis penyampaian pingat oleh En. Abdul Mutalib dari PPD Kemaman
Bergambar kenangan bersama pemain, jurulatih, pengurus pasukan, GPK Ko serta beberapa orang penyokong
Maybank Scholarship Award
For Undergraduate Studies
Take your FIRST step with us and chart your way to a successful career! Financial services is people business and at Maybank, we are committed to finding the right people to take our business forward and shape it for the challenging future ahead. We seek ambitious, committed and dynamic Malaysians and if you have been offered a place in any of the local public universities, consider this an opportunity of a lifetime!
| • | RM7,000.00 per annum | |
| • | Notebook / Laptop | |
| • | Paid Training Attachment |
Area of Studies:
| • | Any discipline particularly | ||
| - Engineering | |||
| - Law | |||
| - Science |
Eligibility
Applicants should fulfill the following criteria:
| • | Malaysian citizen age 23 and below | |
| • | Pursuing a full-time Degree course in a local public university | |
| • | Been offerred to pursue a course for 2007 intake or completed at least one semester with a minimum CGPA of 3.00 | |
| • | Distinction in Mathematics, Bahasa Malaysia and English at SPM level or it's equivalent. | |
How to Apply
Complete the application form (PDF) and indicate “SCHOLARSHIP 2007/ 08” on
top left-hand corner of the A4 size envelope and address to:
| HEAD, RESOURCING CORPORATE HUMAN RESOURCE 44th Floor, Menara MAYBANK 100, Jalan Tun Perak 50050 KUALA LUMPUR |
Closing Date: 30 April 2007
(Only shortlisted applicants will be called for an interview)
| Note: | This Scholarship Award is published in local newspapers and in Maybank2u.com from March to June every year. Source: http://www.maybank2u.com.my/corporate/scholarship.shtml |
Keputusan STPM 2006
- Mohd Yusof Sulong
- Normala Mohd Razali
Permohonan Kemasukan ke IPTA
Makmal InTelek akan dibuka untuk urusan tersebut pada:
- 13 Mac 2007 (08.30 pagi - 11.30 pagi)
16 Mac 2007 (08.30 pagi - 11.30 pagi)
Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf melalui Aplikasi Dalam Talian dibuka kepada pemohon mulai 06 Februari 2006 jam 12.00 tengah hari dengan melayari laman web berikut :-
Semua Laman Web Rasmi IPTA
| Para pelajar sedang sibuk mengisi borang permohonan ke IPTA secara dalam talian di Makmal InTelek 1 |
Keputusan Pertandingan Keceriaan Februari
- Tempat Pertama (baucer RM30) : 5PA
- Tempat Kedua (baucer RM20) : 3KRK
Pelancaran Program NILAM 2007
Majlis pelancaran program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah berlangsung di Dewan Bestari SMKCB pada hari ini. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKCB, Che Ku Maznah Bt. Che Ku Endut. Majlis hari ini juga telah diserikan dengan persembahan maklumat berkaitan NILAM.
Penyelaras program, Cikgu Norshuhadah bt. Abd. Hamid juga mengumumkan hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada para pemenang anugerah NILAM 2007.
- Tempat Pertama: Sebuah Kamera Digital
- Tempat Kedua: Sebuah Telefon Bimbit
- Tempat Ketiga: Wang Tunai RM50
Pada penghujung sesi persekolahan 2007 ini juga akan diadakan cabutan bertuah kepada pelajar-pelajar yang selalu mengunjungi Perpustakaan SMKCB. Oleh itu, pelajar diingatkan agar sentiasa mencatatkan nama di dalam buku rekod yang disediakan di perpustakaan.
Untuk makluman, hadiah-hadiah yang telah dimenangi oleh pelajar sempena program NILAM 2006 adalah telefon bimbit, pemain VCD, dan wang tunai RM50.
Diharapkan dengan adanya hadiah-hadiah hebat ini, ianya akan menjadi pendorong kepada para pelajar SMKCB supaya lebih bersungguh-sungguh serta bersemangat untuk membaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan.