Semakan Keputusan PTK Ogos 2007
Sumbangan Pelajar Yatim
Majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar berkenaan telah diadakan pada 7 Oktober 2007 di Dewan Bestari SMKCB. Seramai 95 orang pelajar yatim telah menerima sumbangan yang berupa barang-barang keperluan harian seperti susu, biskut, teh, milo dan sebagainya. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengetua SMKCB.
Pihak Kelab Staf mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang yang telah menghulurkan derma bagi meringankan beban pelajar yatim
Seminar Gerakan Kecemerlangan PIBG Daerah Kemaman
Satu seminar motivasi keibubapaan telah diadakan pada 2 September 2007 di Dewan Bestari SMK Ceneh Baru bermula jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang
Seminar ini bertujuan untuk menyedarkan lagi peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menyuntik semangat serta mencetuskan motivasi kepada anak-anak mereka supaya berusaha dengan lebih gigih lagi kearah kecemerlangan.
Seminar anjuran badan Disiplin dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SMKCB ini juga bermatlamat untuk menyemai kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar betapa pentingnya untuk hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Ianya juga bertujuan untuk menyedarkan ibu bapa bahawa ponteng sekolah adalah merupakan satu kesalahan dari segi disiplin sekolah dan boleh diambil tindakan sehingga ke tahap diberhentikan sekolah.
Program yang sepatutnya melibatkan 203 orang pelajar dan 183 orang ibu bapa /penjaga ini agak tergendala kerana bilangan ibu bapa dan pelajar yang hadir tidak seperti yang diharapkan.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKCB, Che Ku Maznah bt Che Ku Endut manakala ceramah motivasi pula telah disampaikan oleh Pengerusi PIBG SMKCB, En. Bahri bin Abdullah
Kursus Pengaplikasian Microsoft Excel 2003 ©
Satu kursus aplikasi Microsoft Excel 2003 telah diadakan di Makmal Intelek 1, SMKCB pada 1 September 2007 bermula jam 08.30 pagi sehingga 01.00 petang. Kursus ini melibatkan 30 orang pelajar dari Tingkatan 6 rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan aplikasi MS Excel supaya dapat digunakan di dalam tugasan harian terutama sekali yang berkaitan dengan mata pelajaran ekonomi. Kursus anjuran Unit ICT SMKCB ini telah dikelolakan oleh Cikgu Suhaimi bin Mohamad dengan dibantu oleh Cikgu Norzehan binti Majid.
Semakan Keputusan PTK
taipkan PTK<>No.KadPengenalan(tanpa tanda '-')
dan hantar ker 39003
Karnival Kokurikulum SMKCB 2007 - Unit Beruniform
Majlis Abawain - Motivasi Keibubapaan
Satu majlis motivasi khas untuk ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas telah diadakan pada 28 Julai 2007 di Dewan Bestari, SMK Ceneh Baru. Majlis ini diadakan bagi mendedahkan teknik-teknik pendidikan motivasi kepada ibu bapa pelajar sekolah ini khasnya ibu bapa pelajar bagi kelas-kelas peperiksaan (PMR/SPM/STPM). Majlis ini merupakan satu program di bawah Projek Kecermelangan Akademik SMK Ceneh Baru.
Antara objektif program ini adalah:
- Memberi kefahaman yang lebih kepada ibu bapa tentang pentingnya memotivasikan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.
- Memberi tips-tips yang berguna dalam pendidikan anak-anak di rumah
- Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia dan menyayangi keluarga,, ibu bapa, guru dan masyarakat.