Tarikh 16 Mei merupakan hari bersejarah bagi semua guru di Malaysia kerana 16 Mei telah pun diisytiharkan sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Tema Hari Guru 2008 adalah "Guru Cemerlang Negara Terbilang".
Lagu Tema Hari Guru 2008:
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANGGuru cemerlang mengasih dan menyayangMendidik anak bangsa seikhlas jiwaGigih terus bakti hidup penuh berbudiMaruah profesional disanjung tinggic/0Guru berjasa berkhidmat dengan setiaMenjulang nama bangsa di mata duniaHebat tidak bermegah waja dan berkarismaRealisasi visi dan sejatiGuru cemerlang Negara terbilangKeunggulan dan pendidikan di mata bangsaGuru cemerlang Negara terbilangKesejahteraan Malaysia berkibaranLagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP
Lagu tema ini boleh dimuatturun di sini (klik kanan dan pilih 'save as ..'):
Muzik & Vokal
Muzik sahaja