Kem Jati Diri Pengawas Sekolah 2008








Badan Pengawas SMKCB telah mengadakan satu Kem Jati Diri khas untuk pengawas sekolah di Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan pada 7-9 Ogos 2008 yang lalu. Seramai 55 orang pengawas sekolah telah menyertai kem ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dari Eco-Tech Explorer Centre sambil dipantau oleh guru-guru SMKCB.

Berbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem ini diadakan, antaranya ialah, Night Walk, Flying Fox, Kembara Berhalangan, Berakit, Latihan Kawad, Latihan Asas Tempur, LDK dan ceramah-ceramah motivasi dalam mengcungkil potensi diri para pelajar sebagai seorang pengawas sekolah yang berdisiplin.

Walaupun para peserta kelihatan kepenatan tetapi terpancar dari wajah mereka keriangan dan kepuasan dalam mengharungi rintangan dan latihan sepanjang 3 hari kem ini dijalankan. Ada juga pelajar yang beria-ria untuk mengikuti kem seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Pihak Badan Pengawas SMKCB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa bersama-sama di kem ini walaupun dengan membawa bersama anak-anak yang masih kecil demi menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tidak lupa juga, Badan Pengawas mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih dari Eco-Tech Explorer kerana memberi pengalaman berharga kepada anak didik SMKCB, serta GPK HEM Pn. Latifah Bt Abdul Razak kerana sudi meluangkan masa merasmikan penutup Kem Jati Diri Pengawas Sekolah pada kali ini.

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Negeri Terengganu 2008


Pertandingan kali ini telah diadakan di Padang Asrama, SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 18 dan 19 Julai 2008. SMK Ceneh Baru telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada Noor Izzat Fahmi Bin Abdullah dan Tuan Mohammad Fareez Bin Tuan Ibrahim serta diiringi oleh Cikgu Suhaimi Bin Mohamad.

Pasukan SMKCB telah mendapat tempat ke-5 dalam kategori 'targeting' dan tempat ke-6 dalam kategori 'parachute'. Namun begitu, secara keseluruhannya pasukan SMKCB telah mendapat tempat ke-3.

Selamat Hari Guru

admin@smkcenehbaru.blogspot.com mengucapkan

kepada semua warga pendidik.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 17 MEI 2008
Tempat : Dewan Bestari SMKCB
Perasmian Oleh :
Y.Bhg. En. Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid
Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu

Bersempena dengan mesyuarat ini juga akan diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR, SPM dan STPM 2007.

Lagu Tema Hari Guru 2008

Tarikh 16 Mei merupakan hari bersejarah bagi semua guru di Malaysia kerana 16 Mei telah pun diisytiharkan sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru 2008 adalah "Guru Cemerlang Negara Terbilang".

Lagu Tema Hari Guru 2008:

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG


Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran


Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP

Lagu tema ini boleh dimuatturun di sini (klik kanan dan pilih 'save as ..'):
Muzik & Vokal
Muzik sahaja

Majlis Penyerahan Mentee Kepada Mentor Pelajar Elit PMR, SPM Dan STPM 2008

Majlis tersebut telah diadakan pada 29 April 2008 jam 2.30 petang di Dewan Bestari SMKCB. Sempena dengan majlis ini satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, En. Zakaria bin Hussin, PJK.

Pertandingan Inovasi & Rekacipta 2008

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di IMTIAZ Kuala Terengganu pada 1 Mac yang lalu. Dalam pertandingan ini SMK Ceneh Baru telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket. Mereka terdiri daripada Matan Muhamad Isyraf B. Matan Ibrahim dan Mohamad Aimran B. Abd. Latif bagi kategori paracut, serta Noor Izzat Fahmi B. Abdullah dan Tuan Mohammad Fareez B. Tuan Ibrahim bagi kategori targetting dengan dibimbing oleh Cikgu Suhaimi Bin Mohamad dan Cikgu Hasan Bin Mohamad. Dalam pertandingan kali ini, pasukan SMKCB telah menjuarai kategori Targetting dengan menewaskan lebih 40 buah pasukan dari sekolah-sekolah negeri Terengganu. Pencapaian ini amat membanggakan kerana inilah kali pertama SMKCB menyertai pertandingan seumpamanya.

Tahniah kepada semua peserta dari SMKCB.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us