Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya 2009

Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya dilihat sebagai satu platform atau landasan yang tepat dengan keperluan pelajar sebelum menceburi bidang kerjaya dan pendidikan tinggi selepas SPM dan STPM. Sehubungan dengan itu, seminar dan pameran tersebut telah diadakan di SMK Ceneh Baru pada 30 Jun 2009 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara jabatan dan institusi pengajian tinggi yang turut serta dalam menjayakan program ini adalah:
  • Kolej Komuniti (Paya Besar, Kuantan)
  • Kolej Komuniti (Kuantan)
  • Kolej Komuniti (Kuala Terengganu)
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Dungun)
  • Jabatan kastam Diraja Malaysia (Kemaman)
  • Kolej Teknologi Bestari (Setiu)
  • Institu Kemahiran Belia Negara (Marang)
  • Kolej IKIP (Kuantan)
  • UiTM (Dungun)
  • Kolej Ketengah (Dungun)
  • Kolej Inforana (Kuala Terengganu)
  • Universiti Malaysia Terengganu (Kuala Terengganu)
  • Kolej PTPL (Kuala Terengganu)
  • Kolej Teknologi Timur (Sepang)
  • Institut Kemahiran Showme (Kuala Terengganu)
  • Kolej Islam Sains dan Teknologi (Hulu terengganu)
  • Cosmopoint (Kuala Terengganu)
  • Kolej Universiti TATi (Kemaman)
  • Bomba dan Penyelamat (Kemaman & Kuala Terengganu)
  • Polis Diraja Malaysia (Kemaman)
  • Institut Teknologi Perwaja (Kemaman)
  • Institut Latihan Perindustrian (Kuala Terengganu)
  • Kolej Shahputra (Kuantan)

Adalah diharapkan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta PIBG SMK Ceneh Baru ini dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka.

Majlis Penyerahan e-Book DUN Ayer Puteh

Buat julung kalinya SMK Cheneh Baru telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Penyerahan e-Book DUN Ayer Puteh, Kemaman. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Seramai lebih 500 murid-murid Tahun 5 sekolah-sekolah dalam DUN Ayer Puteh telah menerima e-book sambil diiringi penjaga masing-masing.

Dalam majlis ini juga, Seramai lebih 200 orang pelajar Tingkatan 6 Daerah Kemaman yang tidak mendapat biasiswa telah diberi saguhati sebanyak RM1000 setiap seorang oleh Yayasan Terengganu dan disampaikan sendiri oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.

Bersempena dengan majlis ini juga, satu upacara ringkas Majlis Penyerahan Bas kepada SMK Cheneh Baru telah disempurnakan di hadapan Dewan Bestari SMK Cheneh Baru.

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Terengganu 2009

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Negeri Terengganu 2009 telah berlangsung di Padang Asrama SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 27 Jun 2009 yang lalu. Pertandingan ini menyaksikan pasukan dari SMK Menerong mendapat tempat pertama bagi kategori Targeting, manakala pasukan dari SMK Mercang menjadi juara kategori Parachute. Pasukan dari SMK Cheneh Baru sekadar mendapat tempat ke-4 bagi kategori Targeting. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang menjuarai pertandingan pada kali ini.