Permohonan Program Matrikulasi

Bagi pelajar-pelajar SPM anda boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat mulai sekarang sehingga 10 Oktober 2011.

Cara Permohonan.
i. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan.
Kaunselor mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN). Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai.

ii. Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja). Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
Kaunselor akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)
Kaunselor pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah: Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya), Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897, Nombor Kad Pengenalan Pelajar, Nombor PMI 5 Digit.
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Aplikasi Permohonan Program Matrukulasi KPM mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2011 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.

Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Permohonan juga dipelawa kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 untuk ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012.
Tarikh tutup permohonan: 15 Oktober 2011.

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2012

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 untuk ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.