Keputusan PMR 2009
Pelajar Cemerlang PMR 2009 (8A)
MOHAMAD FIRDAUS B AHMAD RUSHDI @ FAUZI
RAMLI B ZAMRI
KHAIRUN NISA' BT MATAN IBRAHIM
NOR FATIN ASYIKIN BT MOHD NOR
NORFATIN BT ALIAS
NUR SYAKIRAH BT SHADAN
Kelas Persediaan Peperiksaan Radio Amatur - 5
- Tarikh: 15/11/2009
- Masa: 8.45 malam
- Tempat : Makmal InTelek SMKCB
Sesiapa yang berminat dijemput hadir
Pertukaran Guru 01Disember 2009
- Siti Nor Binti Salleh
- Normah Binti Sami'aun
- Ismail Bin Ubaidillah
- Anisah Binti Jusoh
- Nik Mazita Binti Nik Yahya
- Noor Manizam Binti Ismail
- Mohd Kifli Bin Yassin
- Ramlah Binti Ahmad
Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010
- Tarikh tutup permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 ialah pada 15 Oktober 2009
- Sila layari http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/2009/
Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010
Selamat Hari Raya dan Tahniah
Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi
- Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut
Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut
- Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?
Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.
Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.
- Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?
Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.
- Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.
