Kejohanan Bola Tampar MSSM Kemaman 2007


Kejohanan Bola Tampar MSSM Kemaman kali ini berlangsung di SM Teknik Kemaman mulai 27 Mac 2007 hingga 29 Mac 2007. Dalam kejohanan kali ini, persaingan sengit terpaksa ditempuhi oleh pasukan bola tampar perempuan SMK Ceneh Baru sebelum dinobatkan sebagai juara setelah menumpaskan pasukan dari SMK Mak Lagam di peringkat akhir. Tahniah kepada semua pemain, serta jurulatih, En. Hamdan bin Labib dan En. Zulkifli bin Zahari




Jurulatih sedang memberikan tips kemenangan kepada para pemain




Antara penyokong SMK Ceneh baru yang hadir memberikan kata perangsang dan semangat kepada pemain termasuklah GPK Ko: En. Mohd Ibrahim dan juga bekas guru SMKCB


Majlis penyampaian pingat oleh En. Abdul Mutalib dari PPD Kemaman




Bergambar kenangan bersama pemain, jurulatih, pengurus pasukan, GPK Ko serta beberapa orang penyokong

Maybank Scholarship Award

For Undergraduate Studies
Take your FIRST step with us and chart your way to a successful career! Financial services is people business and at Maybank, we are committed to finding the right people to take our business forward and shape it for the challenging future ahead. We seek ambitious, committed and dynamic Malaysians and if you have been offered a place in any of the local public universities, consider this an opportunity of a lifetime!

Scholarship Package
RM7,000.00 per annum
Notebook / Laptop
Paid Training Attachment

Area of Studies:
Any discipline particularly
- Engineering
- Law
- Science

Eligibility

Applicants should fulfill the following criteria:
Malaysian citizen age 23 and below
Pursuing a full-time Degree course in a local public university
Been offerred to pursue a course for 2007 intake or completed at least one semester with a minimum CGPA of 3.00
Distinction in Mathematics, Bahasa Malaysia and English at SPM level or it's equivalent.

How to Apply
Complete the application form (PDF) and indicate “SCHOLARSHIP 2007/ 08” on
top left-hand corner of the A4 size envelope and address to:

HEAD, RESOURCING
CORPORATE HUMAN RESOURCE
44th Floor, Menara MAYBANK
100, Jalan Tun Perak
50050 KUALA LUMPUR

Closing Date: 30 April 2007
(Only shortlisted applicants will be called for an interview)

Note:This Scholarship Award is published in local newspapers
and in Maybank2u.com from March to June every year.


Source: http://www.maybank2u.com.my/corporate/scholarship.shtml

Keputusan STPM 2006

Tahniah kepada para pelajar STPM 2006 kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada 2 orang pelajar Sekolah Menengah kebangsaan Ceneh Baru yang telah mendapat 4A yang juga merupakan pencapaian terbaik daerah kemaman pada tahun ini.

  • Mohd Yusof Sulong
  • Normala Mohd Razali

Permohonan Kemasukan ke IPTA

Semua sedia maklum bahawa keputusan SPM 2006 telah diumumkan semalam (12 Mac 2007) dan keputusan STPM akan diumumkan pada 15 Mac 2007. Sehubungan dengan itu Unit ICT SMKCB telah dan akan membuka Makmal InTelek 1 untuk urusan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian (0n-line) oleh para pelajar berkenaan.


Makmal InTelek akan dibuka untuk urusan tersebut pada:

  • 13 Mac 2007 (08.30 pagi - 11.30 pagi)
  • 16 Mac 2007 (08.30 pagi - 11.30 pagi)

Tarikh tutup permohonan Kategori A (pemohon lepasan SPM - 23 Mac 2007 / STPM 2006 - 28 Mac 2007)

Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf melalui Aplikasi Dalam Talian dibuka kepada pemohon
mulai 06 Februari 2006 jam 12.00 tengah hari dengan melayari laman web berikut :-
  1. http://www.mohe.gov.my

  2. Semua Laman Web Rasmi IPTASemakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian: Minggu ketiga Mei 2007 (SPM) dan akhir Jun 2007 (STPM)







Para pelajar sedang sibuk mengisi
borang permohonan ke IPTA secara dalam talian di Makmal InTelek 1

Keputusan Pertandingan Keceriaan Februari

Berikut merupakan keputusan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas SMKCB bagi bulan Februari 2007

  • Tempat Pertama (baucer RM30) : 5PA
  • Tempat Kedua (baucer RM20) : 3KRK

Pelancaran Program NILAM 2007

05 Mac 2007

Majlis pelancaran program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah berlangsung di Dewan Bestari SMKCB pada hari ini. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKCB, Che Ku Maznah Bt. Che Ku Endut. Majlis hari ini juga telah diserikan dengan persembahan maklumat berkaitan NILAM.

Penyelaras program, Cikgu Norshuhadah bt. Abd. Hamid juga mengumumkan hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada para pemenang anugerah NILAM 2007.
  • Tempat Pertama: Sebuah Kamera Digital
  • Tempat Kedua: Sebuah Telefon Bimbit
  • Tempat Ketiga: Wang Tunai RM50

Pada penghujung sesi persekolahan 2007 ini juga akan diadakan cabutan bertuah kepada pelajar-pelajar yang selalu mengunjungi Perpustakaan SMKCB. Oleh itu, pelajar diingatkan agar sentiasa mencatatkan nama di dalam buku rekod yang disediakan di perpustakaan.

Untuk makluman, hadiah-hadiah yang telah dimenangi oleh pelajar sempena program NILAM 2006 adalah telefon bimbit, pemain VCD, dan wang tunai RM50.

Diharapkan dengan adanya hadiah-hadiah hebat ini, ianya akan menjadi pendorong kepada para pelajar SMKCB supaya lebih bersungguh-sungguh serta bersemangat untuk membaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan.

Cakna Gaji 2007

  • Mac 22.03.2007
  • April 25.04.2007
  • Mei 24.05.2007
  • Jun 25.06.2007
  • Julai 25.07.2007
  • Ogos 23.08.2007
  • September 25.09.2007
  • Oktober 08.10.2007
  • November 22.11.2007
  • Disember 13.12.2007

‘Kafe siber’ di sekolah -- Pusat Akses Komputer untuk pelajar buat tugasan, budayakan ICT

Kafe siber’ di sekolah. Ia akan menjadi realiti sepenuhnya tidak lama lagi apabila Kementerian Pelajaran membekalkan 10 unit komputer di hampir semua 10,000 sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.

Ia akan dikenali sebagai Pusat Akses Komputer, yang konsepnya sama seperti kafe siber.

Melalui pusat itu para pelajar akan menggunakan kemudahan tersebut untuk membuat tugasan sekolah.

Pusat ini berbeza dengan makmal komputer yang sedia ada di sekolah-sekolah, yang kegunaannya adalah mengikut jadual waktu persekolahan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebanyak 1,500 buah sekolah dengan 15,000 unit komputer, 1,500 unit pencetak, perabot dan infrastruktur dengan kos sebanyak RM70 juta terlibat dalam fasa pertama.

Dalam fasa ke-2 tahun 2007, beliau berkata, sebanyak 12,900 unit komputer lagi bakal dibekalkan kepada 1,290 sekolah secara berperingkat.

“Berbeza dengan makmal komputer, Pusat Akses Komputer memberi ruang kepada pelajar mengenali ICT dan pada masa yang sama ia mungkin boleh dikongsi oleh ibu bapa, satu hari kelak.

“Menerusi pendekatan ini, nisbah komputer terhadap murid-murid di sekolah dapat dikurangkan, usaha membudayakan ICT dapat dipertingkatkan sekali gus merapatkan jurang pelajar luar bandar dan bandar,” katanya.

-dipetik dari BTPNet