Pelancaran Program NILAM 2007

05 Mac 2007

Majlis pelancaran program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah berlangsung di Dewan Bestari SMKCB pada hari ini. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKCB, Che Ku Maznah Bt. Che Ku Endut. Majlis hari ini juga telah diserikan dengan persembahan maklumat berkaitan NILAM.

Penyelaras program, Cikgu Norshuhadah bt. Abd. Hamid juga mengumumkan hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada para pemenang anugerah NILAM 2007.
  • Tempat Pertama: Sebuah Kamera Digital
  • Tempat Kedua: Sebuah Telefon Bimbit
  • Tempat Ketiga: Wang Tunai RM50

Pada penghujung sesi persekolahan 2007 ini juga akan diadakan cabutan bertuah kepada pelajar-pelajar yang selalu mengunjungi Perpustakaan SMKCB. Oleh itu, pelajar diingatkan agar sentiasa mencatatkan nama di dalam buku rekod yang disediakan di perpustakaan.

Untuk makluman, hadiah-hadiah yang telah dimenangi oleh pelajar sempena program NILAM 2006 adalah telefon bimbit, pemain VCD, dan wang tunai RM50.

Diharapkan dengan adanya hadiah-hadiah hebat ini, ianya akan menjadi pendorong kepada para pelajar SMKCB supaya lebih bersungguh-sungguh serta bersemangat untuk membaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan.

No comments: