Taklimat E-Filing LHDN


Kelab Staf Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru dengan kerjasama Unit ICT SMKCB telah menganjurkan satu program taklimat mengenai E-Filing pada 2 April 2007. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai dari Lembaga Hasil Hasil Dalam Negeri Cawangan Terengganu.
Disamping taklimat pengisian borang cukai pendapatan secara E-Filing, para guru juga berpeluang bersoal jawab mengenai sebarang kemusykilan berkaitan dengan cukai pendapatan. Para guru juga dibimbing untuk mengisi borang secara e-filing. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para guru SMKCB.
Program ini telah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi untuk guru pagi dan juga sesi untuk guru petang.
Pihak SMK Ceneh Baru merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada wakil dari LHDN Terengganu kerana sudi meluangkan masa dalam program kali ini.

1 comment:

Eulalia said...

Thanks for writing this.