Hari Keluarga SMKCB Kali-1 2007













Hari keluarga kali pertama pada tahun ini telah diadakan di Cameron Highland selama 3 hari 2 malam iaitu pada 3-5 Jun 2007. Para peserta telah berkonvoi dari Cheneh Baru melalui Kuala Berang - Gua Musang - Cameron Highland. Memandangkan tarikh hari keluarga kali ini adalah pada masa cuti persekolahan, sesetengah peserta bertolak dari kampung masing-masing dan kesemuanya bertemu di Gua Musang.

Di sepanjang perjalanan, terdapat 2 buah kereta telah mengalami kerosakan kecil, namun kerosakan ini tidak menghalang perjalanan semua peserta. Konvoi terdiri daripada 16 buah kenderaan.

Semua peserta telah menginap di kawasan Brincang iaitu di Hotel Berinchang. Ada juga peserta yang terpaksa pulang awal kerana ada urusan penting lain yang perlu diselesaikan.

Pada hari kedua, para peserta telah dibawa melawat berbagai tempat menarik seperti Rose Garden, Taman Rama-rama, Taman Lebah, Kebun Straberi, Ladang Teh dan sebagainya. Pada sebelah petangnya, majlis sukaneka untuk kanak-kanak telah diadakan di Tanah Rata.

No comments: