SMK Cheneh Baru antara yang terbaik di Terengganu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar STPM SMK Cheneh Baru (C-BEST) kerana kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan STPM 2010 yang diumumkan semalam. SMK Cheneh Baru juga telah diumumkan sebagai antara yang terbaik di Negeri Terengganu Darul Iman. Ini membuktikan komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh para pelajar serta warga pendidik di SMK Cheneh Baru.

Adalah diharapkan kejayaan yang cemerlang ini mampu menaikkan semangat warga C-BEST untuk terus melakar kejayaan di masa depan.

Keratan akhbar

No comments: