Majlis Jasamu Dikenang - Ustaz Zul



Satu majlis ringkas Jasamu Dikenang telah diadakan pada 29 Januari 2012 bertempat di Dewan Bestari C-BEST bagi mengenang jasa Tuan Haji Zulkifli Bin Ab. Ghani yang bertukar ke SMK Sultan Ismail 2 berkuatkuasa 16 Januari 2012.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas tapi penuh bermakna oleh Ketua murid C-BEST diikuti dengan ucapan pengetua seterus ucapan Ustaz Zul. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dikir barat oleh para pelajar sebelum penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan oleh para guru mewakili unit masing-masing.

2 comments:

BAR said...

Bagaimana tidak diikat,
Kain batik sama sujinya;
Bagaimana tidak diingat,
Orang baik budi bahasanya.

MiSz ChOkI2 said...

waaaa,ustaz zul pndh dh....
sdih2...
tp xpe,smga ustaz trus success d sklh bru n kngn d smkcb,ttp di hati....