Majlis Tadarrus Al-Qur'an 2012







Majlis Tadarrus Al-Qur’an (MTQ) pada peringkat sekolah lazimnya diadakan terlebih dahulu sebelum diadakan MTQ peringkat zon dan sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menilai kekuatan proses pengajaran dan pembelajaran serta keberkesanan aktiviti Pendidikan Islam di setiap sekolah. Melalui program ini, pelajar yang berbakat dan berpotensi dapat dikenalpasti. Mereka akan mewakili sekolah ke peringkat zon dan daerah seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Majlis Tadarrus Al-Qur’an merupakan satu majlis ilmu yang berkonsepkan Al-Qur’an sebagai wadah utama. Semua aktiviti yang terdapat di dalamnya diwajibkan ada hubungkait dengan al-Qur’an dan As-Sunnah . Hal ini bertujuan memperkasakan Pendidikan Islam dikalangan pelajar dan warga sekolah amnya.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Tadarrus Al-Qur'an peringkat sekolah telah diadakan pada 28 Februari 2012 bertempat di Surau Ar-Raudhah, Bilik Tutorial dan Dewan Bestari C-BEST.

Antara objektif MTQ kali ini adalah:

  • Mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang syarahan agama,nasyid,tilawah,azan dan hafazan al-Qur’an.
  • Memilih peserta yang berkualiti dan berhemah tinggi.
  • Melahirkan pelajar yang mahir dalam semua bidang yang diceburi.
  • Menanam minat dan cintakan ilmu agama melebihi ilmu-ilmu fardhu kifayah yang lain.

Keputusan

Hafazan Perempuan

Johan: Nur Suhaina Bt Remly (Bendahara)

Naib Johan: Nabila Bt Abd Razak (Bendahara)

Ke-3: Nurul Asma Bt Ismail (Laksamana)


Tilawah Lelaki

Johan: Mohd Syukri Bin Ismail - 6AE (Hulubalang)

Naib Johan: Mohd Farizuddin Bin Osman - 3C (Bendahara)

Ke-3: Mohd Fakhruddin - 5A (Hulubalang)


Tilawah Perempuan

Johan: Nuraini Bt Ismail - 5A (Bendahara)

Naib Johan: Nurul Idayu Bt Md. Yasin - 6AE (Laksamana)

Ke-3: Zuliana Bt Zolkifli - 5A (Laksamana)


Syarahan Lelaki

Johan: Mohd Zulhafin Bin Che Noh (Temenggung)

Naib Johan: Mohd Aidil Fadirul (Bendahara)

Ke-3: Mohd Hamizam Bin Mohd Radin (Hulubalang)


Syarahan Perempuan

Johan: Nur Hasyimah Ramli (Laksamana)

Naib Johan: Nurul Atikah Mohammad (Bendahara)

Ke-3: Nurul Fitriah Othman (Laksamana)


Azan

Johan: Mohd Syukri Ismail (Hulubalang)

Naib Johan: Mohamad Akmal (Laksamana)

Ke-3: Syafinu Azri Mohd Rafi (Bendahara)


Nasyid Lelaki

Johan: Bendahara

Naib Johan: Laksamana

Ke-3: Temenggung


Nasyid Perempuan

Johan: Laksamana

Naib Johan: Temenggung

Ke-3: Bendahara




No comments: