Sekitar Kem Kepimpinan Murid 2013 di Pulau Redang




Kem Kepimpinan Murid 2013 telah diadakan di Pulau Redang, Terengganu pada 24 - 26 Jun 2013. Peserta-peserta telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti ahli jawatan kuasa di dalam badan pengawas, PRS mahu pun kelab dan persatuan kokurikulum.

Perjalanan bermula sekitar jam 6.30 pagi (24 Jun 2013) dengan menggunakan 2 buah bas yang disewa khas. Sebahagian guru juga menggunakan kenderaan masing-masing bagi memudahkan urusan. Setiba di Terminal  Shahbandar Kuala Terengganu, semua murid dan guru bersarapan sebelum feri tiba sekitar jam 10.30 pagi.

Cuaca yang berjerebu mengiringi perjalanan dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang yang mengambil masa kira-kira 1 jam. Setiba di Pulau Redang kami disambut mesra oleh Jurulatih Pusat Kokurikulum sebelum dibawa ke tempat penginapan iaitu di Pusat Kokurikulum Pulau Redang.

Satu taklimat ringkas mengenai peraturan dan jadual aktiviti telah disampaikan oleh Cikgu Rosli yang merupakan Ketua Jurulatih di Pusat Kokurikulum tersebut. Selepas makan tengah hari semua peserta dibenarkan berehat dan solat. Kira-kira jam 3.30 petang semua peserta termasuk guru menaiki 'bas' yang disediakan ke Pantai Teluk Dalam untuk aktiviti 'water confident' dan didedahkan cara-cara memakai BA (buoy aid) atau juga dikenali sebagai 'Personal Floating Device' serta langkah-langkah keselamatan di air. Peserta juga didedahkan dengan cara-cara melakukan 'snorkeling' dengan betul.

Pada pagi 25 Jun 2013 semua peserta dibawa melawat Pusat Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang, termasuk melakukan aktiviti 'snorkeling' di sekitarnya. Peserta juga dibekalkan dengan roti untuk merasai pengalaman memberi ikan makan di dalam laut. Seterusnya kami dibawa ke Pantai Pasir Akar. Semua peserta dikehendaki terjun ke laut dari atas bot dengan kedalaman air sekitar 10-15kaki.............

No comments: