Pertandingan pidato “Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun”









Wan Azimah Azini bin
Wan Nawang
Wan Noradilah bt. Wan Dir

Tahniah! Adik Wan Azimah Azini bin Wan Nawang telah berjaya menjadi naib johan pertandingan pidato “Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun” peringkat daerah Kemaman.

Pertandingan pidato yang diadakan di Dewan Seri Geliga Majlis Perbandaran Kemaman pada Isnin 26 Februari 2007 baru-baru ini membolehkannya menggondol hadiah tempat kedua bagi kategori tingkatan 6, berupa wang tunai RM450 dan sijil manakala adik Wan Noradilah bt. Wan Dir menyertai kategori menengah atas.

Majlis penyampaian hadiah akan berlangsung di Dewan Seri Geliga, SMK Geliga pada 8 Mac nanti. TAHNIAH SMKCB!

No comments: