Program Rakyat Bestari

Antara dif-dif kehormat yang hadir

Program Rakyat Bestari telah berlangsung pada 23 Februari 2007. Program ini dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek, Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kemaman. Turut hadir dalam program yang julung-julung kali diadakan di SMK Ceneh Baru ini ialahY.B. En. Wan Ahmad Nizam Bin Wan Abdul Hamid selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih serta En. Ramli Bin Zainal, Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Antara aktiviti utama program ini adalah penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2006 dan penyampaian bantuan kepada penduduk miskin/OKU/Ibu Tunggal. Pihak askar wataniah juga tidak ketinggalan mengadakan pameran bagi menarik minat golongan muda menyertai angkatan bersenjata tersebut. Turut diadakan juga adalah penyampaian 'vest' kepada "Terengganu Riders Club (TRC)" iaitu sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi di Negeri Terengganu.

Program ini adalah anjuran bersama oleh Unit Komunikasi Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


Sekitar Program Rakyat Bestari Daerah Kemaman 2007











No comments: