Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru 2015 telah diadakan pada 18 Ogos 2015 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, SMKCB.

Majlis ini antara lainnya adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dengan mengadakan berbagai aktiviti sebagai memperingati susah payah pejuang-pejuang kemerdekaan berjuang untuk mencapai kemerdekaan tanahair tercinta dari penjajah.





Upacara perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Halim Bin Muda selaku Pengetua SMK Ceneh Baru. Gimik pelancaran juga telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan para pentadbir yang lain dengan melekatkan logo Hari Kebangsaan ke-58 seterusnya sama-sama memotong kek menandakan bermulanya Bulan Kemerdekaan 2015.



Sepanjang majlis pelancaran ini juga, beberapa buah lagu patriotik telah dinyanyikan dengan iringan para penari dari Adi Tari Group serta pelajar-pelajar SMKCB.

No comments: