Young And Creative Director Training 2015

Satu kursus yang dinamakan 'Young And Creative Director Training 2015' telah diadakan di SMK Cheneh Baru pada 20 - 23 Ogos 2015. Kursus anjuran DUN Air Putih ini melibatkan peserta-peserta dari SMK Cheneh Baru, SMK Seri Cheneh, dan beliawanis dari DUN Air Putih.

Dalam kursus ini, para peserta didedahkan dengan teknik-teknik membuat filem pendek, dari storyboard hinggalah ke penerbitan. Kursus asas ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan para peserta kaedah suntingan filem untuk menghasilkan filem-filem yang kreatif dan bermanfaat.


Diakhir kursus semua peserta dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka dalam menghasilkan filem pendek yang bertemakan 8 Prinsip Transformasi Terenganu Baharu. Kumpulan yang menghasilkan filem terbaik telah memenangi hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM250.







No comments: